Friday, December 23, 2011

Aku yakin dugaan darimu pasti ada hikmah di sebaliknye

Kadang-kadang selalu terpikir...kenapa sesuatu yang tak diingini berlaku pada kita sebenarnya memang telah berlaku tanpa kita sedari....tapi kita sebagai insan biasa tetap kena terima dengan redha walaupun terpaksa di terima dengan sangat PAHIT!!!!

Kadang-kadang selalu terpikir...kenapa sesuatu perkara yang tak ingin kita ketahui akhirnya kita tahu jugak...mungkin itu semua dengan izin Allah dan Allah telah memberi kita ruang untuk kita memperbetulkan salah kita atau untuk menjadikannya sebagai iktibar...Terima Kasih Ya Allah kerana sekarang memang aku telah SEDAR semua itu....

Kadang-kadang kita juga tidak terfikir sesuatu yang sudah menjadi tabiat buruk kita, tanpa kita sedari kita akan melukakan perasaan seseorang...Sayangnya TABIAT adalah sesuatu perbuatan  yang sangat sukar untuk di buang atau dikikis terus dari sikap manusia...Ya Allah tolong kau bunuh semua TABIAT buruk itu...Sungguh tak sanggup untuk melaluinye lagi...


Ya Allah aku juga sedar semua harta yang kita miliki sekarang sebenarnya hanya pinjaman darimu semata2...jadi hargailah selagi ianya ada di depan mata kita...InsyaAllah

***untuk muhasabah diri saya sendiri...

2 comments:

cinta untuk nabila said...

ya, anak-anak adalah anugerah untuk kita, maka dengan hati terbuka, kita wajib menghadapi segala rintangan dan chubaan kepada diri kita.

harta kita adalah satu pinjaman semata-mata, ianya tidak kekal selama-lamanya, bila mati, harta ditinggal, bila mati anak-anak ditinggal, bila mati isteri ditinggal...

hanya amalan dan kebajikan akan dibawa bersama di sana nanti.

karmila said...

banyakkan bersedekah untuk manusia yang lain, karna dalam rezki kita tu ada rezki untuk org lain. rupa sedekah tidak semestinya dalam bentuk duit, malah dalam bentuk makanan, pakaian dan lain-lain lagi pada zaman moden ini.

bayangkan zakat pendapatan pun boleh bayar dengan online saja.