Wednesday, February 29, 2012

Auni dan kisah penyusuannya

Tiba-tiba rasa nak cerita kisah perjalanan aku menyusukan auni...tetapi tidaklah sehebat ibu-ibu lain...sampai sekarang si kenit tu masih breastfeed lagi....tapi, my bad...cuma yang secara  eksklusif hanya sehingga usia auni hampir 11 bulan...dalam tempoh tu Alhamdulillah auni hanya minum susu mama tanpa dicampur susu lain dan sehingga 6 bulan baru la dia minum air masak sikit2....tapi rasa bangga kat diri sendiri jugak la walaupun impian untuk breastfeed dia sampai umur dua tahun x tercapai dek akal...wahahaha...now dia akan minum susu formula kat taska je...tu pun x banyak dalam 3 x 3oz saja dia minum...tapi kalau hari cuti dan bila balik dari kerja memang dia masih direct bf je...jangan harap la dia nak kalau aku bancuh susu kat dia...tapi sekarang siang dia banyak makan dari banyak menyusu...malam je la dia memang melekat je ngan mama...tak kasik can kat orang lain tau...hahaha

antara sebab2 penyusuan gagal sehingga usia auni dua tahun ...adalah sememangnya aku dah tak mengepam secara konsisten...tak dinafikan sepanjang tempoh mengepam susu aku untuk auni sentiasa ada, tapi sebab dah tak pam secara konsisten maka kau tanggung la akibatnye ye...huhuhu...satu lagi masalahnye yg bg aku agak remeh adalah...peti sejuk kat rumah aku cuma ada satu pintu sahaja...so jangka hayat susu yg diperah dan disimpan dalam peti sejuk satu pintu agak terhad berbanding peti sejuk dua pintu...tapi aku berjaya jugak sehingga hampir sebelas bulan umur auni walaupun cuma ada peti sejuk satu pintu...agak mencabar bagi aku sebab nye...auni tak banyak sangat dan berapa suka minum ebm, so bila dah banyak dan tak sempat habis so susu akan expired mcm tu je..maka aku terpaksa buang la susu2 tu...syg gila siot...tapi bagi aku tu semua cabaran!!!!bukan tak boleh sebenarnye, cuma kita ni ibu2 yang kene kuat semangat...tu je...so sebenarnya peti ais satu pintu adalah alasan je bg aku...yang penting semangat!

Sangat berharap agar auni terus dapat aku susui sehingga lama mana yang boleh, tapi idaklah sampai dah masuk sekolah ek!dah la budak tu sangat manja hai tak taulah...tunggu dan lihat saja la...so itu sahaja cerita dari ibu-ibu ni....


Pic from Google

2 comments:

Thrash Metal said...

ni satu pengalaman menarik yang dilalui oleh kak sulie. Dia memang seorang yang tabah menghadapai cabaran menyusukan anak keciknya yang sorang tu.

Dengan kecekalan dan kuat semangatnya itu, maka susu yang dibekalkan itu dapat membesarkan anaknya yang kecik itu hingga boleh memanjat meja sekarang ni.

Susu ibu juga merupakan satu susu yang sangat baik seperti mana kata orang dulu-dulu. DEngan berbekalkan peti sejuk satu pintu tidak bermakna beliau tidak dapat mengharungi cbaran ibu dan peti sejuknya itu.

Maka, dengan ini kak sulie telah meletakkan target 2012 untuk mendapatkan satu peti sejuk yang ada dua pintu supaya susu dapat disimpan dengan lebih lama dan selamat untuk diminum supaya tidak dibuang begitu sahaja.

Dengan adanya matlamat seumpama itu, maka secara automatiknya, usaha dan keyakinan diri akan lebih digembelengkan demi mencapai satu misi di kemudian hari.

Teruskan cabaran susu ibu.

nifalnin... said...

sekali cik nan kasik komen panjang lebau le...


heheheheh.. x per sulie, yg penting kita dah berjaya menyusukan anak2 kita... tahniah buat diri sndr...