Tuesday, May 29, 2012

Cik 'P' aku tak muncul lagi...ermmmm?




entry kali ni berunsurkan kewanitaan la pulak kan...selepas bersalinkan auni dan auni pun dah nak masuk setahun 4 bulan, cik P aku tak muncul2 lagi...tapi aku tak pregnant hokey...belum tiba masanya untuk bagi adik kat dia, mungkin lagi 3 or 4 tahun lagi...sebelum umur aku mencecah 35 tahun...fuhhh lama kan...InsyaAllah ada rezeki lagi ada la...kita pun hanya mampu merancang tuhan menentukan...

ok berbalik pada tajuk...ada setengah orang selepas bersalin, cepat cik P nya datang dan ada jugak yang lewat sampai 2 tahun kan...tapi tetiba aku ni plak yg risau terlebih, takut ada masalah lain ke apa kan...dan satu lagi normal kalau sesiapa yang breastfeed baby cik P dia akan lewat...jom tengok sebab2 kenapa cik P tak muncul2 selepas bersalin...


12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita. 

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:
  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan:
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroid:
    Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • Gemuk:
    Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil:
    akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
 Sumber : Portal.alamhamil.com


ok now dah tau apa sebabnya ...disebabkan auni masih menyusu badan dan hormon prolaktin juga masih ada dalam badan aku maka sebab itulah dia lewat...tapi sekarang kan walaupun auni dah tak menyusu secara eksklusif Alhamdulillah masih ada rezeki untuk dia, yang bestnya aku masih lagi mengalami let down reflex ketika menyusukan dia walaupun dh stop mengepam, mungkin sebab ambik vitamin dari shaklee jugak...
ooppss dah masuk cerita breasfeeding plak...ok lagi satu punca cik P aku lewat x lain x bukan sebab ubat pencegah kehamilan yg aku ambik iaitu depo-provera...so adakah tahun ni puasa aku akan penuh lagi? ermmm tunggu je lah...harap2 penuh la...

5 comments:

pegawai alam sekitar said...

rileks kak sulie,

akan datang nanti tu, sebabnya mungkin kesesakan traffic jam dalam highway badan kak sulie tu. dan sistem pemetaan dan geograficalnya masih dalam penyelenggaraan lagi.

eMMe said...

hurm... kalo delay lame sgt tu... risau gak kan, hehehe...

Sulie skrg umur brape?
rase cam muda lagi dari saya kan...
saya dah 30++ malu sebut umur sendiri, alaa..just number, rileks2
lame tak tempek wajah saya yg terbaru kat blog, heeee~

bukan belia dah said...

emme ni, apa nak malu dengan umor, lagi 30++ lagi bagus, maksudnya lagi banyak pengalaman. pengalaman kerja, pengalaman jaga anak, pengalaman jadi moderator dan lain-lain lagi lah...

Anonymous said...

saya give birth may2012 & period start dtg balik july2012...but then for september tak datang..saya tak breastfeeding..kenapa ekk?

mummy said...

Saya pun hadapi masalah period x dtg after baby dah oun masuk 1y2m...x ambil pil perancang..cuma sy makan majun dan juga bfeed anak time sy ada kt rumah