Tuesday, August 14, 2012

kejadian di pasar ramadhan semalam, agak cemas

Semalam balik dari kerja macam biasa kami singgah di pasar ramadhan dekat area rumah...tetiba ada akak sorang ni dok ketuk2 kereta dia...tengok kat tgn dia ada makanan yang dia baru beli kat pasar ramadhan tu...kami pon kepochi g la lalu kat kereta akak ni...rupa-rupanya anak dia ada dalam kereta tu tengah tidur...akak ni punya la ketuk cermin kereta tu sambil panggil anak dia suruh bukak pintu kereta yang dah berkunci dari dalam...akak tu cakap dia taknak bawak anak dia turun sekali sebab kesian kat anak dia, anak dia puasa kot...anak dia mungkin baru umur 5 atau 6 tahun...sekali bila dia dah habis membeli tengok2 anak dia tertidur dalam kereta tu...

orang lain pun siap tolong akak ni ketuk kereta tu, siap goyang2 lagi kereta tu nak bagi anak dia terjaga...tapi anak dia sedap je tidur...ye la budak2 kan mesti la letih ke apa...dapat pulak tidur dalam aircond kereta tu...dalam kepala aku ni dok pikir budak ni pengsan ke hapa...haish takut aku...sementara tu kami pergi la membeli makanan untuk berbuka puasa...dalam 15 minit jugak la mcm tu, kereta akak tu dah ramai kerumun....anak dia tak bangun lagi ko...Ya Allah kalau aku dh nangis dah...pastu kitorang tengok la lagi...kereta akak tu pun siap dh kena kupil sebab nak bukak kereta tu...tak lama lepas tu anak dia bangun dan terus bukak lock pintu tu...bila mak dia bukak pintu tu apa lagi...berpelukan la anak beranak...anak dia pun nangis sebab mungkin terkejut sama dah la org ramai kerumun....haish...berdebar tau semalam...

moral of the story jangan la tinggal anak dalam kereta sorang2 ye korang...macam2 hal boleh terjadi walaupun sesaat...peringatan untuk diri sendiri juga..

5 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

betul..jgn sesekali tinggalkan anak..biar la tak pegi pasar pun tak pe..

Liza Othman said...

Mujur takde pape buruk terjadi.. maybe ibu tu mmg terpaksa tinggal anak kejap. tp bagus juga up cerita camni boleh remind kita juga..macam2 kemungkinan boleh berlaku..

Anak labah-labah said...

lain kali jangan bagi anak kena air-cond, bagi ja kena angin luaq ni, senang sikit nak jerit kat anak tu... bahaya tu sebenaqnya, mak dia pon takkan tak tengok TV kot, pernah jadi insiden sebegitu, dah dekat nak raya dah ni...

Subhanallah, Tuhan dah uji mak dia sikit tu, supaya mak dia beringat jangan buat camtu lagi... bahaya diri bahayakan anak, risaukan org ramai..

tengok, kak sulie dah risau dah...

kak sulie, apa itu kepochi????
cherita siket

eMMe said...

kus semangat... mujur anak dia sedar juga dari tido yg lena... minta jauh la kejadian yg tidak di ingin, susah gak nak kejut anak2 yg susah nak sdar dari tido ni kan ...mmg kene amik iktibar la Sulie...

Munif hijjaz said...

betui tu kak sulie, ada dua org budak kecik tu..