Thursday, October 18, 2012

Appointment Auni di Klinik ENT Hospital Serdang

semalam appointment Auni di ENT hospital serdang, kalau tak salah ini kali yang keempat...plan semalam aku sepatutnya ambik half day je...tapi malangnya appoinment tu lambat habis...sebelum ni pukul sepuluh habis dah, tapi semalam sangat lemb*ps gila servis...standard la kan...sampai kat klinik tu pukul 8 lebih, nombor kena panggil pukul 11 lebih...3 jam aku menunggu...siot betul la...pastu ambik ubat lagi...hadoiii letih betul la...tapi demi anak kenalah berkorban kan...

result semalam telinga auni masih lagi berair...xde improvement...dua2 gegendang telinga auni masih berlubang, agak besar...tapi doktor kata setakat ni takkan ganggu pendengaran dia...kalau adapun sangat2 sedikit, agak lega di situ...rawatan yang boleh diberi setakat ni dan mengikut umur dia hanya kena bagi antibiotik untuk telinga atau nama ubat dia Sofradex...dan yang paling penting kena control dia dari kena selsema...ok itu saja...next appointment adalah 31/12/2012...lagi dua bulan...





***itu saja laporan untuk hari ini...:)

1 comment:

kawan mak auni said...

ermmm bahaya ni, kena cepat bertindak sebelum dia meningkat dewasa...