Monday, February 18, 2013

mari bercucuk tanam

Lamanya menyepi...rindu kat blog kesayanganku ini...banyak benda nak cerita sebenarnya, tapi xde mood...tapi nak cerita jugak, dua minggu lepas, 5/2 hari yang sama masa birthday auni aku sakit mata, dapat mc sampai 4 hari dan sambung lepas CNY baru masuk kerja...bestkan...tapi dalam aku sakit mata tu, aku telah diserang ulser dekat tekak atau lebih dikenali sebagai tonsil, first time tau aku kena tonsil ni...lima hari aku demam sebab tonsil ni...seram sejuk memanjang badan aku...takpe lah tuhan bagi sakit ada sebab kan...kita kena terima, tu pun boleh hapus dosa2 kecil kita kan...Insha Allah...

Ok berbalik kepada tajuk...sejak pindah rumah ni, aktiviti bercucuk tanam dah bermula...tapi bukan aku la ye...tapi si abah lah yang tengah menggila dengan pokok2 ni...dah memang impian dia kalau ada tanah kat depan umah dia mmg nak menanam pokok segala bagai...mula2 beli pokok yang ntah apa nama dia aku pun x tau, tapi nnti dia akan tumbuh bunga putih kecik2 tu...pastu beli pokok rambutan dengan pokok mangga...yang terbaru beli pokok bunga raya...kita tengok je la hasilnya nnti ye...meh kita tengok gambar yang ada...



adik mulat!

inilah pokok bunga raya nye...

anak2 tolong kacau...zayyan sampai pejam2 mata...

mintak2 semua pokok abah tanam hidup dengan subur...


***nanti suruh abah tanam serai, cili pulak kan...hehe abah jugak la...

3 comments:

Ulat Hijau said...

wah, ini satu inisiatif yang mulia dan murni, bercucok tanam di atas tanah chiptaan Tuhan. berbudi kepada tanah merupakan satu usaha yang dirahmati Tuhan. Dapat hasel, buleh guna untok semua. Tu yang untongnya kalau rumah ada kawasan bertanah walaupon siket. Namun rejeki yang baqal diperolehi pasti memuaskan hati penanam tumbohan.

Tanamlah pokok demi kesinambungan oksigen bagi pernafasan manusia selagi hidup di dunia ini. kekalkan suasana hijau dalam kawasan rumah kita.

@e_da said...

sonok buat sama2.. eh adik cantikla rambut.. dah beso dia...

NrlAidaHml said...

Adik sgt ayu la..comelll..hehe..bercucuk tanam ni bagus kn su..lg2 klo tanam sayur2 yg bleh masak..xpyh pg pasar lg..petik je..hehe..

**aida pn rindu kt su jugak..nnti sma2 update sllu k..hihi