Friday, January 10, 2014

Jalan-jalan naik keretapi laju

Salam Jumaat yang mulia

Minggu lepas hari sabtu saja nak bagi merasa anak-anak naik train katanya...so kami decide bawak diorang naik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan (TBS). Tambang dari ERL Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan sorang RM5.30. Train setengah jam sekali. Perjalanan naik ERL dari Putrajaya ke Bandar tasik Selatan 10 minit je.

Dah sampai station Bandar Tasik Selatan kami terus la jalan2 ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Hari tu pernah sekali hantar adik ipar balik Johor naik bas kat TBS. Rupa-rupanya syok jugak kat TBS ni, ada Subway, KFC, Kenny rogers, Dunkin Donut...tapi kalau ada Mc D lagi syok kan...hehehe

Anak-Anak seronok sangat la kan bila dapat berjalan...x kesah la pergi mana pun...so sesekali bwk la naik train kan, asyik naik kereta jer boring jugak...haha...Kalau naik LRT atau Komuter tu mcm tak sanggup pulak rasanya nak bersesak-sesak. Naik ERL ok lagi walaupun mahal sikit tambangnya...







Auni yang excited nk naik ketapi katanya...so gambar berlatar belakangkan landasan kita kasik antik la kan




Good Girl and Good Boy Mama




Anak-anak with Abah




Zayyan naik2 tak lama tu dia mcm pening...haih risau dia muntah je...terus abah peluk suruh dia pejam mata...fuhhh nasib baik x muntoh...zayyan memang dia mabuk kalau naik kereta...huhu




Dah sampai TBS terus kitorang tuju KFC




Auni suka bergambar sekarang ni tau...anak dara la katakan




Zayyan dengan mama...masa ni dia marah sebab mama paksa dia bergambar...huh anak teruna ni tak suka sgt bergambo...nyampahhh

Ok esoknya pagi-pagi lagi Auni cakap nak naik ketapi lagi...huhu tak boleh la hari2 ye anak oiii. Sekali sekala boleh la

4 comments:

Lynda Che Lah said...

Qoid suka naik train..kami selalu naik komuter je hr Sabtu pagi..
MAsa mcm tu clear lah train..janji dpt naik dah lah kan..hehehe

NrlAidaHml said...

Alahaii..comel je dua-dua..muka pon lebih kurang je..hehee..Aida pon penah bawak Aqil naik LRT..tu pun dia jakun..hehee..Auni makin Ayu!geram tengok!hehee

amy suhaiza said...

kak sulie,

mana gambor keretapi lajunya?

Ingatkan Kak Sulie naik keretapi laju KL ke Ipoh...hehe

FarahFerraDotCom said...

bestnya sesekali bawak anak jenjalan mcmni kan.. geram tgk dua beradik nie.. comey!!! =D