Monday, December 7, 2015

Hari Orientasi Zayyan Tahun 1 Sesi 2016 & Persiapan Tahun 1

Assalamualaikum
Tik Tok Tik Tok...menghitung hari nk jadi WAHM...eeeceewah. Ok nak tanya ada sapa tengok Pak Yus Dalam Kenangan hari tu...ok aku nangis sepanjang program dekat dua jam kot...huhu sedih. Ok tu je nk ckp sedih gila. Untungnya dia ramai org sayang...Yang terbaru Almarhum TJ...pun sama sebab dia nmpak sihat dan ceria. Ajal Maut rahsia Allah.

Ok sebenarnya nak cerita tentang hari Orientasi Zayyan Tahun 1 2016. Pejam celik, pejam celik dah besar anak mama abah ni, tp badan maintain kecik dan comey...hah puji ank sendiri x salah kot...ok seminggu sebelum cuti sekolah rasanya dah bermula Orientasi. Biasa Orientasi buat hujung tahun kan, tapi sekolah ni buat awal. Memula pikir tak awal sangat ke. Rasanya sekolah terawal buat orientasi ni. Lepas tu pikir ada baiknya buat awal nanti hujung tahun xde la kalut ngan byk kenduri nya lah kan. nak cuti balik kg ke. Sekolah Kebangsaan ni dekat je dgn rumah boleh jalan kaki je. sekolah agama yg jauh sikit kena hantar. 

Semua buku teks, buku latihan, tanda nama dan baju sukan pun dah dapat, buku2 tinggal nak balut je. Beli pembalut yg dah ready made je, tak koser la aku nk potong2 bagai. Zaman dah mudah sekarang jgn sia2 kan kemudahan yg ada selagi boleh. cuma ada yg perlu di beli di koperasi sekolah je belum setel tunggu sekolah announce bila boleh beli. Alhamdulillah Ujian Diagnostik untuk tentukan kelas pun dah buat terus. Result nnti diorang lekat kt post guard sekolah. Risau nye lahai Zayyan nnti dapat kelas Mana. Tapi Abah dia ckp tak kesah la dpt kelas mana...ok ye lah. 

Untuk Ibu-Bapa ada taklimat oleh Guru Besar dan Guru Penolong kanan Sekolah. 2 minggu pertama persekolahan murid2 tahun satu kena mengikuti progam transisi. Mungkin masa ni lah mereka akan didedahkan dgn persekitaran sekolah. 




berbaris ikut kelas sementara. Sangat ramai murid tahun satu. Ada 8 kelas kau..pengsan. dok kg senang x ramai cam ni...nk wat camne no choice.

















masa ni baru turun dari kelas. 2 jam jugak la dok dlm kelas 

ibu bapa memang langsung tak dibenarkan naik ke kelas. jenguk kejap pun tak boleh. biar anak berdikari. Alhamdulillah selesai satu bab. 




pasal persiapan semua hampir siap. Orientasi awal so baju sekolah pun kena cari awal lah.

ni sebahagian yg dh dibeli. beli sikit2 dulu masa ni. skrg almost complete. Termasuk stationary, songkok dan baju melayu untuk sekolah agama. beli kat puchong prima pasaraya kawan mu. harga murah dan kualiti sangat memuaskan. Actually ikut masing2 nak beli yang ada brand ke idak. kalau macam aku ikut pada kemampuan. masing2 punya pendapat dan citarasa.

ok itu saja update mengenai hari orientasi anak sulung ku. lain kali ada cerita aku update lagi...ok Bye!




2 comments:

the legend said...

ya, tahniah akan ke sekolah..

mak uda said...

Adam lagi kecik kot dari zayyan..hehe
selamat menempuh alam persekolahan zayyan.me gi sek mak uda. sekolah mak uda ada 2 kelas je utk setiap tahun..