Wednesday, May 30, 2012

main layang-layang

weekend kalau rajin kitorang tgk orang main layang-layang, igtkan malas la nak beli just tgk je kan...tapi si zayyan dok kata nak layang2, nak layang2...beli juga la yg angry bird tu rege 15 hengget...yang sedihnya dia kan tak tau caranya nak main benda tu camne, bila abah terbangkan layang2 tu dia tak bagi...sebok nak pegang layang2 tu...sabo jela tau

Tuesday, May 29, 2012

Cik 'P' aku tak muncul lagi...ermmmm?




entry kali ni berunsurkan kewanitaan la pulak kan...selepas bersalinkan auni dan auni pun dah nak masuk setahun 4 bulan, cik P aku tak muncul2 lagi...tapi aku tak pregnant hokey...belum tiba masanya untuk bagi adik kat dia, mungkin lagi 3 or 4 tahun lagi...sebelum umur aku mencecah 35 tahun...fuhhh lama kan...InsyaAllah ada rezeki lagi ada la...kita pun hanya mampu merancang tuhan menentukan...

ok berbalik pada tajuk...ada setengah orang selepas bersalin, cepat cik P nya datang dan ada jugak yang lewat sampai 2 tahun kan...tapi tetiba aku ni plak yg risau terlebih, takut ada masalah lain ke apa kan...dan satu lagi normal kalau sesiapa yang breastfeed baby cik P dia akan lewat...jom tengok sebab2 kenapa cik P tak muncul2 selepas bersalin...


12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita. 

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:
  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan:
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroid:
    Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • Gemuk:
    Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil:
    akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
 Sumber : Portal.alamhamil.com


ok now dah tau apa sebabnya ...disebabkan auni masih menyusu badan dan hormon prolaktin juga masih ada dalam badan aku maka sebab itulah dia lewat...tapi sekarang kan walaupun auni dah tak menyusu secara eksklusif Alhamdulillah masih ada rezeki untuk dia, yang bestnya aku masih lagi mengalami let down reflex ketika menyusukan dia walaupun dh stop mengepam, mungkin sebab ambik vitamin dari shaklee jugak...
ooppss dah masuk cerita breasfeeding plak...ok lagi satu punca cik P aku lewat x lain x bukan sebab ubat pencegah kehamilan yg aku ambik iaitu depo-provera...so adakah tahun ni puasa aku akan penuh lagi? ermmm tunggu je lah...harap2 penuh la...

Monday, May 28, 2012

@ petang ahad

hai nak mulakan ayat pun sempat menung lama2 depan pc ni...kang aku tepek je gambo kan senang...hahaha dasar pemalas...bukan nak cerita apa sangat pun...kisah nya pada suatu petang kami berempat pergi ke Jusco AEON Taman Equin...hehehe skema...yup petang semalam aku ajak abah ke jusco equin sebab nak carik kasut adik...yes adik dah dpt kasut crocs angry bird rege 10 rengget...hihi comel sgt dia pakai tau...lepastu nak tengok baju anak2 kat kedai poney...ada sale sampai 70% ko...tapi tak beli pun sebab mmg x lah kalau ada si kenit tu kan...xpe nnti ajak abah pergi GM Klang je lah kan...kita borong baju untuk raya terus...kalau boleh nak setel beli baju raya untuk anak2 sebelum puasa...InsyaAllah...lepas tu terus g Mc donal untuk menikmati mc value dinner plak...sgt2 berbaloi okeh...aku makan chicken foldover.. sedap!anak2 pun suka pulak terpaksa maknye makan bercatu...hehehe...lepas tu pulak...berapa byk kali lepas tu la...ok yang ni last...lepas dah mengenyangkan perut...pergi pulak melawat member kat area umah aku gak yang baru bersalin anak ketiga...ok dah habis...jom layan gambar anak2 naik merry go round!





eh abang x nampak la pulak...



ish abang nampak separuh je...





ok baru nampak abang dan adik...

Tuesday, May 22, 2012

si kenit dah jalan

salam...nak cakap yang sebenarnya si kenit aku tu dah pandai jalan tau...hehehe kiut sgt tgk dia jalan...dah la kecik menik2 je orgnye kan...gerammm aku...setahun 3 bulan baru pandai jalan...lambat sebulan dr abangnya...tak kesah la lambat pun janji anak aku boleh jalan dah...hahaha






tengah mem'balance'kan diri

suka gambar ni...3 org kesayanganku...

macam terer sangat dah...steady la dik !





Monday, May 21, 2012

Alahai Auni Kussayang

harini masuk ofis lambat, sebabnya bawak si kenit tu pergi klinik dulu...kisahnya dua tiga hari lepas masa ambik dia di taska, pengasuh bagitau jari auni terkepit pintu grill...memang ada mcm luka sikit kat jari antara kuku dan isi dia...ingat biasa je la sebab semalam (ahad) abah ada tanya kenapa jari adik ni...la abah lupa la tu yang jari anak dara dia terkepit pintu...tapi masa abah tanya tu just lebam sikit je...tapi pagi tadi bila nak mandikan dia, aku belek2 la jari dia, sekali Ya Allah dah bengkak dan bernanah dah...adusss kesiannya anak mama...tu yang terus bawak dia g klinik...adakah sebab tu si kenit tu asyik merengek je tidur dalam 2 malam ni...ermmm tak pasti...sampai di klnik Dr. kata nak kene keluakan nanah tu...aku pulak dh cuak, tapi doktor kata dia akan bius dulu...lepastu doktor toreh sikit tempat yg bernanah tu, tapinya nanah tu tak kuar pun sebab macam x masak lg, cuma darah je yg kuar...huhuhu...meraung la si kenit tu...semoga adik cepat sembuh tau...



kat klinik pagi td...sementara tunggu turn boleh dia jalan2 pastu duduk terus kat lantai tu, suka hati dia je......haish

inilah rupa jari dia tu...ngeri tak...sian dia kalau kita pun mesti sakit berdenyut2 kan...abaikan kuku dia yang itam tu...kuku pendek sebenarnya tp dia kan sgt cargasss tu jd mcm tu...hahaha

Thursday, May 17, 2012

Congrates my niece

Gambar ambik dari fb anak buah aku...minggu konvo ek sekarang ni...hari apa ntah anak buah aku konvo dekat Uitm Arau Perlis...ingat tak yang sebelum ni aku ada post entry pasal arwah kakak iparku yang meninggal tu...yang konvo ni anak dia lah...tapi tak sempat pulak dia nak meraikan hari konvo ni...aku tau mesti anak buah aku ni sangat sedih sebab baru je lagi arwah pergi...nak buat macam mana Allah lagi sayang kat dia...kalau dia masih hidup pun dia tak mampu nak melihat anak dia pakai jubah ni cuma boleh dengar suasana je la...sebabnya arwah dah hilang penglihatan akibat dari sakit yang dihidapinya...so sad!




dari kanan abang aku, mak aku dan jugak kakak dan adik kepada anak buah aku yang konvo



mak aku ni la yang syok...selalu je abang aku bawak kalau dia pergi tengok anak dia kat perlis...lagi syok dapat shopping kat padang besaq kan mak...hehehe...



Tahniah sekali lagi untuk kamu adik...sekarang dah sambung degree dalam pendidikan kimia pulak kat Uitm Shah Alam....bakal pendidik la ni InsyaAllah...takpe lepas ni konvo kat Shah Alam kami boleh datang...sebab dekat kan...hehehe

Wednesday, May 16, 2012

Dua orang kesayangan aku....

Sejak-sejak baik dari demam ni, anak bujang ku ini sangat la sensitif, asyik merengek dan sangat manja tau...mama x suka sangat nak marah-marah anak mama ni...tapi kalau dah terpaksa tu kena la jugak dengan mama...hahaha... 






ini budak pulak, tengok la tu punya la susah nak tengok camera sekarang...dah pandai gaduh dengan abang tau...abang pulak kalau nampak adik pegang barang apa2 dia pun sibuk nak jugak...berebut barang...adik senang je...bila dia tak dapat barang tu...siap la telinga abang dia tarik...hehhe ganas anak dara ku...pandai mengamuk pun ye jugak...haish poning mama...

Tuesday, May 15, 2012

TDM Ikon Membaca Kebangsaan

salam semua....selamat hari ibu kepada semua ibuk-ibuk...dan selamat hari guru kepada semua guru2 semua...jeles kepada sesiapa yang dapat celebrate hari ibu...ntah bila aku nak disambut kan...wakakaka....tapi walaupun tak diraikan InsyaAllah aku akan sentiasa Ikhlas menjaga anak2 ku itu...huhuhu...nasib ko lah...ok sebenarnya nak cerita semalam adalah hari pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan di PNM di mana Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai ikon membaca...Cayalah Bos!


berat beg sampai senget bahu...hahaha
Sangat sesuai dengan pelantikan Tun sebagai Ikon Membaca kerana beliau memang seorang pembaca yang tekun dan mungkin sebab tu beliau juga seorang pemikir yang ulung....aku sungguh bangga...ok InsyaAllah lepas ni aku pun nak rajin membaca la jugak...hihihi...yeye je kan...tapi sebenarnya sikap rajin membaca ni kena pupuk dari awal or masa kita kecik kan...so lepas ni nak beli buku banyak2 untuk anak2...

Monday, May 7, 2012

merajuk

fuhhhh!!!kemalasan melanda la pulak sejak akhir2 ni kan...tapi kalau dah start rajin tu ada je la benda nak di update kan...ok lah jom tengok gambar anak2 ku plus stori mori sikit...zayyan anak bujangku dah masuk dua tahun lapan bulan...auni pulak baru je masuk setahun tiga bulan...zayyan macam biasa makin banyak cakapnye, suka ajuk apa yang kita cakap, geram tau...auni pulak alhamdulillah dah pandai jalan...lambat beno ko boleh jalan dek! hehehe seronok bila anak2 dah makin membesar...gambar kat bawah ni saja ambik masa adik tengah merajuk haritu ...




serabai nya budak ni tau...nangis tak mau mama ambik gambar ye...

adik rimas bila abang menyempit kat dia...abang memang suka menyakat...hehehe


tak menahan tengok abang gelak...adik pun ikut sama gelak...hihi
macam ntah pape je kan cerita aku...hantam la janji update kan...huhu

Wednesday, May 2, 2012

Al-Fatihah-30/4/2012

Salam semua...wahhh lama sungguh bercuti ni...nak cerita, my SIL telah selamat kembali ke rahmatullah pada petang Isnin 30/4/2012...Isteri kepada abang sulung aku telah selamat dikebumikan pagi semalam....Alhamdulillah semuanya telah selamat...berakhirlah penderitaan arwah selama lebih kurang 7 tahun dia menanggung sakitnya...semoga arwah ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman...

Kami dapat berita petang Isnin...kisahnya Sabtu 28/4 aku balik kampung, Ahad nya balik Puchong balik...kitorang memang ambik cuti Isnin tapi banyak urusan jual beli yang perlu diselesaikan tu yang balik hari ahad jugak, tak sambung sampai selasa...so terpaksalah balik kampung balik pagi2 selasa tu...urusan pengebumian pun semua buat kat rumah mak kat kampung...lepas tu malamnye terus balik puchong balik...balik hari saja...sampai rumah malam td lebih kurang jam 12 malam gitu...arini keje pulak...fuhhhhh!!!!