Assalam semua
Sebenarnya tak tahu nak cerita dari mana...ok ok ini kisah mengenai tadika Zayyan dan Auni...kami plan nak tukarkan mereka berdua ke tadika baru. Haihhhh bukan senang nak buat keputusan ni. Kenapa nak tukar? byk faktor sebenarnya.Rasanya tak perlu nak diceritakan semua lah kan. Tahun depan Auni pun dah masuk tadika. Tadika sekarang bukan tak bagus tapi agak membebankan kami suami isteri. Harga mungkin agak reasonable kalau memang kewangan di tahap agak baik. But kami ni biasalah golongan marhaen ni sangat menitik beratkan soal harga.
Tapi ada yang berpendapat kalau harga mahal tak kisah kalau service tadika tu tip top kan. Ye betul siapa yang tak nak kan bagi yang terbaik untuk anak-anak. Zayyan tahun ni dah masuk 5 tahun dah duduk dan membesar kat taska dan tadika yang sama. Tapi sebagai parents kita tahu tahap pembelajaran dia macam mana. tak lah terlalu baik dan tak terlalu teruk tapi pertengahan sahaja. Alhamdulillah. Tak nak terlalu mengharap...tapi masih dalam pemantauan kami la...hehe
So kami dah jumpa dah tadika baru untuk zayyan dan auni. Sangat dekat jugak dengan rumah. Dah survey harga semua dan Alhamdulillah lebih murah dari yang sekarang. Dari segi Pembelajaran pula, kebanyakannya 3 bulan hantar dah pandai membaca, anak kepada kawan my husband pun ada kat situ, 3 bulan hntar dh pndai baca dan cikgu2 nya pun terlatih.... yup itulah yang kami harapkan Inshaallah. Hanya mampu berdoa semoga mereka berdua dapat menyesuaikan diri kat tempat baru nanti.
Yang tak sampai hatinya sebab macam kesian kat Zayyan dan Auni yang dah dari baby dok kat taska sekarang ni bakal berpisah dengan kawan2 cikgu2 dan pengasuh...tapi bila bagitau diorang nnti nak pindah sekolah baru bukan main eksaited lagi...hahaha tengok je la nnti ye...nak sgt pindah kan...hehehe
Aku pulak yang sedih diorang berdua bakal berpisah dgn kawan2 nnti...zayyan pun dah ada kawan baik. Teacher pun cakap Haikal, Zayyan dgn Naufal adalah sgt Geng kat sekolah...bukan aku ngan cikgu je tau parent kepada Haikal dgn naufal tu pun tau sesama sendiri yg anak2 kami ni kawan baik....huhuhu sedihnya...
Happy Time dengan kawan-kawan |
gambar masa pergi lawatan ke aquaria tahun ni...kiri ngan kanan dia tu lah geng dia, Haikal Zayyan Naufal...sedih pulak |
bersama kawan-kawan dan teacher |
Aktiviti mewarna bersama kawan-kawan |
sempena hari merdeka bersama teacher Hawa |
Kawan-Kawan Auni...Raya tahun lepas bersama Teacher azira dan cikgu nurul |
Hingusss...hahaha...masa ni umur 2 tahun kot...ngan sapa tu dik |
macam mana buat peace tu...oloh comel |
aktiviti mewarna auni dan kawan2...khusyuk |
All pictures credit to FB Tadika Kiambang
ok so mulai dari sekarang aku kena sediakan mental dan emosi yang kuat untuk kebaikan anak2 dan masa hadapan mereka walaupun sangat sukar nak buat keputusan ni...huhuhu
-END WITH LOVE-