Friday, January 8, 2016

KEK COKLAT MOIST SEDAP DAN MUDAH : KEK INSTANT MURAH

Assalamualaikum. 
Entry pertama di tahun 2016 nampaknya nak cerita pasal kek. Kek bukan sebarang kek tau. Eh tapi bukan la kek yang dah siap tu. Sebenarnya nak promote Bisnes Kawan. Tepung Kek Coklat Moist Segera. Ha Sesuai sangat la untuk sesapa yang suka buat kek tapi nak cepat je...bancuh-bancuh siap terus boleh bakar or kukus. Dan Sesuai sangat la untuk orang yang macam aku ni, tak reti buat kek pun...tapi dengan adanya tepung kek segera ni ha pejam mata pun boleh buat...ahahaha..ok meh aku cerita lebih lanjut bersama gambar ye.






dalam satu packet akan dapat apa yg ada dalam gambar kat atas tu ye...bahan-bahan tambahan pun senang nk dapat. Tak payah susah hati buat kek takut tak jadi, lupa letak serbuk penaik ke apa, yang ni confirm jadi sebab cukup semua bahannya dan yang penting sedap. Bukan omong kosong tapi sebab aku dah rasa :)

Bahan-bahan yang perlu disediakan
 1- 3 biji telur
2- 1 cawan susu pekat
3- 1 cawan minyak masak/mentega cair
4- 1 cawan air panas

Cara-cara penyedian kek
 1- kacau telur hingga kembang / berbuih
2- Satukan telur tadi bersama bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati dan tidak berketul
3- sapu loyang 8" dengan sedikit mentega dan tuangkan adunan
4- Bakar pada suhu 170c-180c selama 40-45 minit atau kukus selama 45 minit sehingga masak

Topping
 1- 1 bungkus serbuk koko
2- 1 cawan susu pekat
3- 1 cawan minyak / mentega cair

Cara-cara penyediaan Toping
1- Satukan semua bahan dan panaskan diatas api sederhana sehingga berkilat/Double boiler (Jika topping kelihatan agak pekat, tambah sedikit  susu segar / susu cair)
2- sejukkan seketika dan curahkan keatas kek yang telah disejukkan
3- Hiaskan bersama hiasan mengikut kreativiti anda

Tepung Kek Segera ni Dikeluarkan oleh
ADINIE SN Enterprise 

Berita Baik!
Tokey Bagi Harga Promosi untuk Januari RM10.00 sajo. Murah tak? Sangat Murah ok...lepas Januari harga akan kembali kepada harga asal RM17.00

Kek coklat moist lagi sedap dikukus




Kek Coklat Moist yang siap untuk di makan...sedap dimakan kalau sejuk...masuk peti ais buat stok...
 
Untuk Tempahan sila hubungi
012-667 8578 / 013- 671 4023

atau boleh folow Instagram

@adinies_cookies

Ejen dialu-alukan, nak jual pun boleh!


BOLEH JUGA TINGGALKAN NO.CONTACT ANDA DI SINI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT



Monday, December 7, 2015

Hari Orientasi Zayyan Tahun 1 Sesi 2016 & Persiapan Tahun 1

Assalamualaikum
Tik Tok Tik Tok...menghitung hari nk jadi WAHM...eeeceewah. Ok nak tanya ada sapa tengok Pak Yus Dalam Kenangan hari tu...ok aku nangis sepanjang program dekat dua jam kot...huhu sedih. Ok tu je nk ckp sedih gila. Untungnya dia ramai org sayang...Yang terbaru Almarhum TJ...pun sama sebab dia nmpak sihat dan ceria. Ajal Maut rahsia Allah.

Ok sebenarnya nak cerita tentang hari Orientasi Zayyan Tahun 1 2016. Pejam celik, pejam celik dah besar anak mama abah ni, tp badan maintain kecik dan comey...hah puji ank sendiri x salah kot...ok seminggu sebelum cuti sekolah rasanya dah bermula Orientasi. Biasa Orientasi buat hujung tahun kan, tapi sekolah ni buat awal. Memula pikir tak awal sangat ke. Rasanya sekolah terawal buat orientasi ni. Lepas tu pikir ada baiknya buat awal nanti hujung tahun xde la kalut ngan byk kenduri nya lah kan. nak cuti balik kg ke. Sekolah Kebangsaan ni dekat je dgn rumah boleh jalan kaki je. sekolah agama yg jauh sikit kena hantar. 

Semua buku teks, buku latihan, tanda nama dan baju sukan pun dah dapat, buku2 tinggal nak balut je. Beli pembalut yg dah ready made je, tak koser la aku nk potong2 bagai. Zaman dah mudah sekarang jgn sia2 kan kemudahan yg ada selagi boleh. cuma ada yg perlu di beli di koperasi sekolah je belum setel tunggu sekolah announce bila boleh beli. Alhamdulillah Ujian Diagnostik untuk tentukan kelas pun dah buat terus. Result nnti diorang lekat kt post guard sekolah. Risau nye lahai Zayyan nnti dapat kelas Mana. Tapi Abah dia ckp tak kesah la dpt kelas mana...ok ye lah. 

Untuk Ibu-Bapa ada taklimat oleh Guru Besar dan Guru Penolong kanan Sekolah. 2 minggu pertama persekolahan murid2 tahun satu kena mengikuti progam transisi. Mungkin masa ni lah mereka akan didedahkan dgn persekitaran sekolah. 




berbaris ikut kelas sementara. Sangat ramai murid tahun satu. Ada 8 kelas kau..pengsan. dok kg senang x ramai cam ni...nk wat camne no choice.

















masa ni baru turun dari kelas. 2 jam jugak la dok dlm kelas 

ibu bapa memang langsung tak dibenarkan naik ke kelas. jenguk kejap pun tak boleh. biar anak berdikari. Alhamdulillah selesai satu bab. 




pasal persiapan semua hampir siap. Orientasi awal so baju sekolah pun kena cari awal lah.

ni sebahagian yg dh dibeli. beli sikit2 dulu masa ni. skrg almost complete. Termasuk stationary, songkok dan baju melayu untuk sekolah agama. beli kat puchong prima pasaraya kawan mu. harga murah dan kualiti sangat memuaskan. Actually ikut masing2 nak beli yang ada brand ke idak. kalau macam aku ikut pada kemampuan. masing2 punya pendapat dan citarasa.

ok itu saja update mengenai hari orientasi anak sulung ku. lain kali ada cerita aku update lagi...ok Bye!




Thursday, December 3, 2015

Finally i Resign

Assalamualaikum

Sudah Tiba masanya untuk aku mengumumkan bahawasanya saya akan meletakkan jawatan. Ecewahhh...ye bukan main2 tetapi benar2 dan pasti. 3 bulan lalu resignation letter telah pun ku hantar. Nampaknya bulan ni bulan terakhir aku berkhidmat di Ofis ini dimana tempatku mencari rezeki selama 9 tahun. Wah pekerja yang setia sgt nih. 

Perasaan sgt bercampur baur. Pegawai HR sy sgt tidak bersetuju dgn keputusan aku ini. Sampai sekarang...ehehehe. Tipulah kalau aku cakap tak sedih nk meninggalkan bidang kerja ku ini. 3 tahun aku menuntut ilmu di UiTM dan 9 tahun aku bekerja dalam bidang yg mmg aku belajar. 

Sebab nak Berhenti? Serius aku dah tawar hati dengan environment kerja aku sekarang. Tapi sebenarnya memang niat aku nk jadi 'Permaisuri Rumah' dah lama. Cuma kekangan kewangan yg belum lagi mengizinkan. Alhamdulillah aku berhenti ni bukan aku tak bekerja langsung. Cuma bekerja dari rumah je (Online Business). Pernah dulu aku cakap pd diri sendiri kalau income aku melebihi gaji aku bekerja sekarang aku nak berhenti...Alhamdulillah tercapai walaupun bukan byk sgt. Tak nak tamak dalam mencari rezeki. Mana tahu lepas ni rezeki aku lebih berkat kan. Buat je satu kerja. Banyak ke sikit rezeki tu tak kisah janji berkat.

Lagi satu sebab, tahun depan zayyan dah masuk darjah satu, so lebih mudah untuk aku uruskan sendiri hal anak2. Abah pun tak yakin nak lepas anak bujang dia naik Bas sekolah. So dah jimat jugak la tak perlu nk byr yuran transit or bas sekolah. Auni pun tadika smpai tengahari je. tak perlu bayar lebih untuk yuran transit dia. Nak resign ni pun kami suami isteri dah bincang elok2. Abah setuju sebab aku ada income walaupun dh resign. InshaAllah lepas ni boleh fokus dekat my Online Business je. InshaAllah klau ada masa aku cerita pasal online business ni. bukan mlm ok. siapa2 pun boleh buat yg penting rajin, minat dan usaha. bonus juga utk siapa yang mmg pandai berblogging. santai2 je pun boleh buat.

ok sorry kalau terlebih bebel entry ye. Doakan aku ye. Percaya pada rezeki Allah. Yang Penting niat kita juga. Apa2 keputusan yg kita buat jangan lupa solat istikharah ye.

ok bye!

Tuesday, December 1, 2015

Catatan Ringkas : Hari Konsert & Graduasi Tadika Restu Puchong

Assalamualaikum
Throwback cerita hari konsert & graduasi anak2...Alhamdulillah Selesai sudah Sesi Persekolahan 2015...New chapter untuk Zayyan di tahun 2016. Gambar tak byk...byk dlm ipad malas nk transfer...;)


Get Ready Buat Persembahan...Auni punya persembahan lupa ambik gambar...dok ralit ambik video je




Alhamdulillah dapat Anugerah Cemerlang 'Best in Subject'. 





Excited dia dapat hadiah terus tunjuk kat Mama Abah...Congratss syg 








Auni Pinjam trofi abg ambik berkat. Utk 4 years xde Award apa2 lagi.





Student 6 tahun Tadika Restu Ria. Ada dua kelas semuanya. Terima Kasih Teacher Sapiah (Pengetua), Teacher  Akma, Teacher As, Teacher Eka, Teacher Shila dan Teacher sue. Alhamdulillah tak sia2 kami pindahkan anak2 ke Tadika ni. Seawal 4 Tahun Student dah dilatih membaca...Mereka ada target masing2 utk student. Respect juga dekat Pengetua sendiri yang pagi2 terus mengajar anak2 ni membaca. Semoga anak2 semua berjaya dunia akhirat dan semoga dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan yang baru




Ok dah grade pun selama 3 tahun bertungkus lumus...Congrates My hensem Boy!

Thursday, November 26, 2015

Macam-macam nak cerita

Assalamualaikum 

Ya Allah kenapa malas sangat nk Update. Serius kalau boleh tak nak blog kesayangan yang merangkap diari terbuka ku ini terkubur begitu sahaja. Bukan apa aku lebih selesa berbicara dalam blog, boleh keluh kesah, boleh cerita itu ini...selesa coretkan kata2 kat sini berbanding FB. Gambar pun Banyak update kat Instagram je...

Macam-macam nk cerita, pasal anak-anak...Hari graduasi anak2 dan Hari Orientasi Zayyan. Pasal kehidupanku yang totally akan berubah bermula tahun depan. Inshaallah akan ku ceritakan satu-satu. 

Wednesday, October 7, 2015

# WW - Kisah Hari Raya Haji

Assalam...uhuk Raya haji punye cerita baru nk cerita...takde apa sangat pun...Tahun ni dapat beraya dengan Mak, selalu raya haji balik kedah, tp tahun ni ingat nak raya kat KL je...sebab cuti laki bini dah nyawa2 ikan...keh keh keh

Sekali mak call macam suruh balik juga...adoiiii tak sampai hati...dh la memang rindu sangat mak nih. Sekali boleh aku tak sedar Tadika budak2 pun rabu tutup...so aku terpaksa juga cutiiiii...alahai sama je pun kalau suami tak cuti, beraya la kat KL...Sekali teringat my niece, wassap dia sekali dia balik hari rabu...yeahhh boleh tumpang...beraya la suami keseorangan kt KL...tu lah sapa suruh tak cuti....ahahaha...Tp terima kasih sangat2 ye suami sebab bg kami 3 beranak balik Kg. Eh ni dah bukan WW...





Raya Haji kat kg aku tak meriah, tapi mak mesti masak lauk raya jugak, lagi2 la anak bongsu kesayangan balik kan...eh eh...takde sapa pun balik raya tahun ni, pagi raya aku anak beranak ngan my niece yg aku tumpang balik dengan kakak yang memang dok sekali ngan mak je ada...Walaupun tak meriah makan tetap makan...my lauk feveret pun mak masakkan...inilah yg biasa lauk di pagi raya...sayur goreng jawa (wajib), ayam masak kicap (wajib), sambal kacang (wajib), daging masak pinachi @ daging sambal (kalau aku ada je mak masak sbb lauk feveret aku...ahahaha, dan dah jadi lauk feveret suami jugak). My niece buat rendang ayam hijau, first time buat...sangat sedap lah rupanya...





close up! mak buat ketupat jugak raya tu...kebetulan masa balik dah siap kelongsongnya...aku lah yg tukang isi beras





sempat bawak budak2 tengok lembu yang dikorbankan...mmg tak takut zayyan dengan auni, siap marah sebab tak nampak lembu yg nak disembelih tu...erkkkk!

tumpang bergambar rumah orang, untungla gambar dia ada, gambar kami berselfie ngan mak baik punya posing sekali batery henfone kong...macam haremmm...tq my niece bawak kami balik kg

seronok balik dapat spend time ngan mak lama sikit...hilang rindu kat mak,  untung siapa2 yang mak duduk dekat, hargailah mak selagi dia ada

Tuesday, September 29, 2015

SHORT VACAY 3D2N : IMPIANA RESORT CHERATING, PAHANG

Assalamualaikum 
Baru harini nak update kisah percutian ku ke Cherating. Sebelum nak pilih hotel memang ambik masa agak lama nak pilih nak stay kat mana. setiap hotel ada review yang positif dan negatif. Google punya google ramai cakap Impiana best. So terus Booking Guna Expedia. Mudah sangat ye guna expedia, booking dulu baru bayar masa check in. Tapi sebelum datang call lah dulu hotel awal2 kang tetiba nama xde...so papehal double check dulu na. Date masa kami pergi ni 12-14 Sept 2015. 

First Time aku ngan Hubby datang area Kuantan ni, agak sesat lah jugak, tapi Alhamdulillah selamat juga sampai. Check in kat impiana awal pukul 2 p.m...kami gerak pagi tak igt pukul berapa so sampai tu ngam2 terus boleh check in...ok jom tengok gambar best ke tak best Impiana ni...





sebaik sampai ke cherating, dalam tengahari tu cari kedai makan tepi jalan...jumpa Restoran D'Cherating ni...Alhamdulillah lauk pauk kat sini semua sedap2 belaka...






Yeayyy akhirnya kami sampai jua ke Impiana Cherating...Ni area lobby ada kolam tapi x leh le mandi kolam tu ;)










Lobby Impiana



Rehat rehat jap sebelum kita masuk bilik





Zayyan ni tak sakit tengkuk ke lahai posing sampai camtu sekali








dah sampai  bilik tak sempat ambik gambar anak2 dah lompat katil...kami ambik bilik standard je...satu queen bad boleh la 4 beranak tidur...katil besar...tapi TV dia lahai kecik sangat







resort kat Malaysia biasala perabot mmg dh uzur...almari tu ada bau kuat yg sgt tak menyenangkan...rasa pening...hmmmm








View dari bili kami...phewwww laut terbentang luas




malam dinner makan simple2 je...cari kedai dekat2 je







roti planta mak kau hijau...sedap sangat roti ni...




Breakfast...makanan biasa2 je...byk pilihan jugak



lepas breakfast pergi keluar cari barang pastu singgah tengok penyu






penyu, zayyan ckp kura2...ish budak ni...lepas tgk penyu balik ke impiana mandi kolam la budak2 ni...dalam banyak2 gambar, gambar kat kolam satu pun takde...lupa bawak phone...aduhai...



pergi cherating tak lengkap kalau tak pergi warung aziz satar kemaman. nak juga rasa sedap ke...Alhamdulillah kedai bukak, dekat sangat kedai nya dari cherating.


inilah rupa satar nya...tapi pelik takde cili padi pun dlm dia...ermmm aku bukan penggemar satar sebenranya tapi memang sedap la...patut sampai beratur...Otak-otak dia aku tak suka sebab mcm ada isi ikan tu...isi pun secoet je...lupa nak snap gambar...sepanjang jalan mmg ramai gerai jual satar ni, dah kedai ni femes harus lah terjah, entah2 ada lagi kedai yg sedap....hiks



abcd utk zayyan dan auni...share tapi tak habis pun...




ikan dan sotong tepung pun ada



petang turun pantai pulak, pantai dia tak sesuai untuk mandi manda...ombak sangat2 kuat...takuttt




;)







sebelum naik kita basuh kaki dulu ye anak2...ala-ala zaman dahulu kala




Itu sajalah cerita kami, ingat sebelum check out nk bagi anak2 mandi kolam dulu seround, tp zayyan dah batuk2 agaknya byk telan air kolam kot...so pagi2 terus check out...boleh sampai awal, abah decide nk breakfast kat luar, cari gerai nasi dagang area kemaman ...wah sedap sangat, x jumpa la kat k.l nasi dagang sedap mcm tu...dah habis makan baru snap gambar...hahaha...



pinjam gambar kolam en.google
So far ok la bercuti kat cherating...next trip kita cari tempat lain pulak lah...eheheh...InshaAllah kalau ada rezeki kita datang lagi