Thursday, June 20, 2013

Hari Sukan Tadika Seri Kiambang

15/6 sabtu lepas telah Berlangsungnya hari sukan tadika Zayyan ...pertama kali tengok anak sukan...dah besar dah anak mama ni...macam x percaya pun ada...risau pun ada boleh ke zayyan ni...tapi so far dia ok je...cuma nya zayyan ni agak slow the motion la...hehe...tapi apa pun abah mama bangga dengan zayyan...tengok je la gambar2 zayyan yang sempat aku ambik....



masih menanti ketibaan ibu bapa dan pelajar...x ramai pun pelajar2 dia...

masa ni tak ramai lagi...

ni la dia pengetua nya...Puan Zaini

di mulakan dengan perbarisan pelajar 4 tahun...nampak tak zayyan tu...


tengah tunggu nak nyanyi lagu negaraku dan lagu sekolah



masa ni dah start nyanyi...tengok la mulut dia sorang je tutup rapat...pastu baru ikut nyanyi..hihi



senam aerobik dulu...



sementara nk tunggu game start...apa la yg diorang ni guraukan ye...



zayyan nampak mama la...ramai perempuan la yg sebaya zayyan...



game bawak straw dengan getah...amboi sampai mcm tu sekali takut getah jatuh


go zayyan go!



game terakhir untuk 4 tahun...game puzzle...



abah ngan auni...adik tue asyik nak lari je...



zayyan dan kawan2...semua perempuan



auni punya peluh macam dia pun join sukan jugak...letih mama tengok kamu...sabar ye dik tunggu tahun 2015 nnti ye...



ok itu saje...good job zayyan...

Wednesday, June 12, 2013

Makan kenduri kat Institut Kraf Negara

Assalamualaikum...

Cerita kami pergi makan kenduri kata Institut Kraf Negara, Rawang...My PIL turun dari Kedah sebab nak pergi makan kendori...so apa lagi dah lama dah tak makan lauk kenduri ni kan...rezeki jangan di tolak...




abang encem

Tok Wan

Adik yang serabai...baru bangun tido

food...punya la banyak abah ambikkan...

pelamin

zayyan encem n mama comey...haha

abah ngan mil...sama kan...

my lovely!!!

main gong sebelum balik


Dah itu saja....bye bye!!!!!!!!!

Tuesday, June 11, 2013

Hot! Bedak Tate by D.E.A (Danish Emphire Association)

 Ready Stock!!!!!

Rahsia Kulit Cantik Halus Nora Danish Sekeluarga!! Mereka nak kongsi dengan kita semua apa rahsia mereka!!

MEMPERKENALKAN::
Bedak Tate by D.E.A (Danish Emphire Association)


Diperbuat daripada kayu tanaka yg sangat berkesan untuk:
- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

Bedak ni bau lemon..sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.
Cara Guna:
Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tate rata2 ke muka guna tangan atau span muka.
Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak tate dgn air dan sapu kan ke muka. Lps 30 min boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm pun blh...blh cakap2 time sapu..muka x kedut mcm pakai masker..
Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. 
Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak.

Kandungan : 40gram setiap bekas






BERMINAT UTK BEDAK SEJUK BY DAE BOLEH TERUS ORDER : 

RM35/PC
 
(FREE POSLAJU SEMENANJUNG)
 
Buy 1 : RM35
Buy 3 : RM100

Berminat Terus SMS Sue @ 012-687 2344
Atau Untuk Lebih Mudah sila ke Blogshop Saya
 

Wednesday, June 5, 2013

Peristiwa Agung Israk dan Mikraj : 27 Rejab

Assalamualaikum....

sahabat-sahabat semua...esok 27 Rejab, mungkin ada yang tak ingat apa istimewa nya tarikh ini...ya esok merupakan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W...sama2 lah kita hayati kembali...


pada peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW menunggang Buraq menuju Masjidil Aqsa di mana kemudiannya baginda mendirikan solat tahiyatul masjid dua rakaat. 
 
BULAN Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.
Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah. 

Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.

Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.

Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.

Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. 

Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.

Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.
Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.

Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.
Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut. 

Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.
Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.

Baitulmaqdis
Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?
Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.

Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?" Baginda menjawab: "Masjidil Haram." Abu Zar bertanya lagi: "Lalu masjid apa?"
Rasulullah menjawab: "Al-Masjid al-Aqsa."
"Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?" tanya Abu Zar lagi.
Baginda menjawab: "Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Simbolik
Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. 

Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: "Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim. 

"Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan."

Pakai Shawl

Assalamualaikum sahabat2 Alam maya...

nak kabo...hari ni aku pakai shawl bunga-bunga...aku rasa dah macam pokok bunga bergerak pun ada jugak dah ni...haha...aippp!!!





Bye Bye!

Tuesday, June 4, 2013

Family Planning bersama Maajun Anggun Bistari

Assalamualaikum

Kali ni nak mengkesahkan pasal masalah orang perempuan ye...sejak lepas bersalinkan auni, aku terus ambik family planning, sebab nya takut ter'accident' lagi...so terus decide ambik injection iaitu depo-provera...inject 3 bulan sekali...so setiap 3 bulan aku kena serah bon*ot aku kat doktor...

sakit nya boleh tahan gak la...doktor baru letak jarum tak tekan lagi dah tergedik terasa sakitnya...kes ambik injection sebab aku malas nk telan ubat hari2...memang aku tau kesan ambik depo-provera ni hormon jadi x stabil dan Cik P akan jadi tak teratur. 

Ok la kalau Cik P kejap datang kejap x datang kan...masalahnya dengan aku ni Cik P langssuuuunggggg tak muncul2 selama 2 tahun lebih dah...sejak 2, 3 bulan lepas pulak masalah jerawat beso2 sakit giler selalu tumbuh kat dagu...tak pernah surut, baik satu, dua tiga tumbuh lagi jerawat, x berkesudahan nampaknya...sakett ok...orang kata jerawat tumbuh kat dagu ni berkaitan dengan hormon kita...

Rasa tak boleh jadi ni, mungkin berakhirlah jodoh aku dengan Depo-Provera ni...apa yang lagi menakutkan, aku ada terbaca satu artikel kat internet, bahaya kalau period tak datang lama...boleh menyebabkan masalah dalaman contoh Fibroid or Cyst....ehhhh takot la pulak...mintak jauh la kan...so Muktamad aku nak stop injection ni...


Family Planning yang aku nak tukar ni lebih kepada tradisional punya...korang pernah dengar tak MAAJUN ANGGUN BISTARI...aku tau Maajun pernah la dengar kan...ye aku baru tau kewujudan benda ni...macam menarik je...macam2 jugak khasiat dia...aturan makan untuk jarakkan kehamilan sama macam pil perancang lain...haish mintak2 aku boleh disiplin kan...sesiapa yang cuba untuk dapat zuriat pun boleh cuba MAB...beli online dan dah sampai pun semalam...




Khasiat MAB

*Merancang Keluarga
*Merawat keputihan
*Awet muda
*Memelihara peranakan
*Membuang darah kotor melalui period
*Menambah tenaga
*Teraturkan period
*Mencantikkan kulit/menegangkan payudara
*Mengawal berat badan
*Melawaskan buang air besar                     
*Memulihkan/melambatkan monopaus
*Menstabilkan hormon wanita
*Melancarkan peredaran darah
*Mengawal kolestrol dalam darah 
*Ikhtiar utk mendapatkan zuriat
 
Ok baru esok nak start makan...Insha Allah kalau ok nnti aku review lain ye...

Monday, June 3, 2013

Auni Ber 'Specky

Assalamualaikum...selamat hari Isnin korang...jangan ber monday2 blues la ye...hehehe...

Weekend korang macam mana...wah2 seronoknya jalan2 kan dengan family tersayang...aku walaupun xde g mana memang seronok la melayan anak2 kat rumah, layan karenah diorang gaduh2, layan keletah anak2 yang kadang2 boleh menimbulkan amarah aku, terjerit2 aku ngan peel diorang, maaf la ye jiran tetangga semua...haha...

memang tak kemana pun kami cuma sempat pergi Giant Seri Kembangan je nak cari Seluar Panjang Zayyan...ntah kenapa sejak2 cuti sekolah ni, pergi taska x nak pakai seluar pendek, nak pakai seluar panjang la pulak...hai la...macam2...pakai seluar pendek berdosa kata nya...hahaa...

kisah masa pergi giant tu, kan kat luar2 tu ada jual macam2 jam la spek la...sekali auni nampak la pulak spek budak2 ni...apa lagi mmg dah lama dia aim spek ni, aku je malas nk belikan...sekali mmg dia nak2 jugak...beli jela kan...tu yang terus pakai tu...hehe

cun tak saya? :)