Monday, December 7, 2015

Hari Orientasi Zayyan Tahun 1 Sesi 2016 & Persiapan Tahun 1

Assalamualaikum
Tik Tok Tik Tok...menghitung hari nk jadi WAHM...eeeceewah. Ok nak tanya ada sapa tengok Pak Yus Dalam Kenangan hari tu...ok aku nangis sepanjang program dekat dua jam kot...huhu sedih. Ok tu je nk ckp sedih gila. Untungnya dia ramai org sayang...Yang terbaru Almarhum TJ...pun sama sebab dia nmpak sihat dan ceria. Ajal Maut rahsia Allah.

Ok sebenarnya nak cerita tentang hari Orientasi Zayyan Tahun 1 2016. Pejam celik, pejam celik dah besar anak mama abah ni, tp badan maintain kecik dan comey...hah puji ank sendiri x salah kot...ok seminggu sebelum cuti sekolah rasanya dah bermula Orientasi. Biasa Orientasi buat hujung tahun kan, tapi sekolah ni buat awal. Memula pikir tak awal sangat ke. Rasanya sekolah terawal buat orientasi ni. Lepas tu pikir ada baiknya buat awal nanti hujung tahun xde la kalut ngan byk kenduri nya lah kan. nak cuti balik kg ke. Sekolah Kebangsaan ni dekat je dgn rumah boleh jalan kaki je. sekolah agama yg jauh sikit kena hantar. 

Semua buku teks, buku latihan, tanda nama dan baju sukan pun dah dapat, buku2 tinggal nak balut je. Beli pembalut yg dah ready made je, tak koser la aku nk potong2 bagai. Zaman dah mudah sekarang jgn sia2 kan kemudahan yg ada selagi boleh. cuma ada yg perlu di beli di koperasi sekolah je belum setel tunggu sekolah announce bila boleh beli. Alhamdulillah Ujian Diagnostik untuk tentukan kelas pun dah buat terus. Result nnti diorang lekat kt post guard sekolah. Risau nye lahai Zayyan nnti dapat kelas Mana. Tapi Abah dia ckp tak kesah la dpt kelas mana...ok ye lah. 

Untuk Ibu-Bapa ada taklimat oleh Guru Besar dan Guru Penolong kanan Sekolah. 2 minggu pertama persekolahan murid2 tahun satu kena mengikuti progam transisi. Mungkin masa ni lah mereka akan didedahkan dgn persekitaran sekolah. 




berbaris ikut kelas sementara. Sangat ramai murid tahun satu. Ada 8 kelas kau..pengsan. dok kg senang x ramai cam ni...nk wat camne no choice.

















masa ni baru turun dari kelas. 2 jam jugak la dok dlm kelas 

ibu bapa memang langsung tak dibenarkan naik ke kelas. jenguk kejap pun tak boleh. biar anak berdikari. Alhamdulillah selesai satu bab. 




pasal persiapan semua hampir siap. Orientasi awal so baju sekolah pun kena cari awal lah.

ni sebahagian yg dh dibeli. beli sikit2 dulu masa ni. skrg almost complete. Termasuk stationary, songkok dan baju melayu untuk sekolah agama. beli kat puchong prima pasaraya kawan mu. harga murah dan kualiti sangat memuaskan. Actually ikut masing2 nak beli yang ada brand ke idak. kalau macam aku ikut pada kemampuan. masing2 punya pendapat dan citarasa.

ok itu saja update mengenai hari orientasi anak sulung ku. lain kali ada cerita aku update lagi...ok Bye!




Thursday, December 3, 2015

Finally i Resign

Assalamualaikum

Sudah Tiba masanya untuk aku mengumumkan bahawasanya saya akan meletakkan jawatan. Ecewahhh...ye bukan main2 tetapi benar2 dan pasti. 3 bulan lalu resignation letter telah pun ku hantar. Nampaknya bulan ni bulan terakhir aku berkhidmat di Ofis ini dimana tempatku mencari rezeki selama 9 tahun. Wah pekerja yang setia sgt nih. 

Perasaan sgt bercampur baur. Pegawai HR sy sgt tidak bersetuju dgn keputusan aku ini. Sampai sekarang...ehehehe. Tipulah kalau aku cakap tak sedih nk meninggalkan bidang kerja ku ini. 3 tahun aku menuntut ilmu di UiTM dan 9 tahun aku bekerja dalam bidang yg mmg aku belajar. 

Sebab nak Berhenti? Serius aku dah tawar hati dengan environment kerja aku sekarang. Tapi sebenarnya memang niat aku nk jadi 'Permaisuri Rumah' dah lama. Cuma kekangan kewangan yg belum lagi mengizinkan. Alhamdulillah aku berhenti ni bukan aku tak bekerja langsung. Cuma bekerja dari rumah je (Online Business). Pernah dulu aku cakap pd diri sendiri kalau income aku melebihi gaji aku bekerja sekarang aku nak berhenti...Alhamdulillah tercapai walaupun bukan byk sgt. Tak nak tamak dalam mencari rezeki. Mana tahu lepas ni rezeki aku lebih berkat kan. Buat je satu kerja. Banyak ke sikit rezeki tu tak kisah janji berkat.

Lagi satu sebab, tahun depan zayyan dah masuk darjah satu, so lebih mudah untuk aku uruskan sendiri hal anak2. Abah pun tak yakin nak lepas anak bujang dia naik Bas sekolah. So dah jimat jugak la tak perlu nk byr yuran transit or bas sekolah. Auni pun tadika smpai tengahari je. tak perlu bayar lebih untuk yuran transit dia. Nak resign ni pun kami suami isteri dah bincang elok2. Abah setuju sebab aku ada income walaupun dh resign. InshaAllah lepas ni boleh fokus dekat my Online Business je. InshaAllah klau ada masa aku cerita pasal online business ni. bukan mlm ok. siapa2 pun boleh buat yg penting rajin, minat dan usaha. bonus juga utk siapa yang mmg pandai berblogging. santai2 je pun boleh buat.

ok sorry kalau terlebih bebel entry ye. Doakan aku ye. Percaya pada rezeki Allah. Yang Penting niat kita juga. Apa2 keputusan yg kita buat jangan lupa solat istikharah ye.

ok bye!

Tuesday, December 1, 2015

Catatan Ringkas : Hari Konsert & Graduasi Tadika Restu Puchong

Assalamualaikum
Throwback cerita hari konsert & graduasi anak2...Alhamdulillah Selesai sudah Sesi Persekolahan 2015...New chapter untuk Zayyan di tahun 2016. Gambar tak byk...byk dlm ipad malas nk transfer...;)


Get Ready Buat Persembahan...Auni punya persembahan lupa ambik gambar...dok ralit ambik video je




Alhamdulillah dapat Anugerah Cemerlang 'Best in Subject'. 





Excited dia dapat hadiah terus tunjuk kat Mama Abah...Congratss syg 








Auni Pinjam trofi abg ambik berkat. Utk 4 years xde Award apa2 lagi.





Student 6 tahun Tadika Restu Ria. Ada dua kelas semuanya. Terima Kasih Teacher Sapiah (Pengetua), Teacher  Akma, Teacher As, Teacher Eka, Teacher Shila dan Teacher sue. Alhamdulillah tak sia2 kami pindahkan anak2 ke Tadika ni. Seawal 4 Tahun Student dah dilatih membaca...Mereka ada target masing2 utk student. Respect juga dekat Pengetua sendiri yang pagi2 terus mengajar anak2 ni membaca. Semoga anak2 semua berjaya dunia akhirat dan semoga dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan yang baru




Ok dah grade pun selama 3 tahun bertungkus lumus...Congrates My hensem Boy!