Wednesday, January 29, 2014

Sabtu pergi makan Pizza Hut

Assalamualaikum

Sabtu lepas Abah request nak mkn pizza...dh lama tak makan katanya kan...ok la jom dah alang2 sabtu tu hantar auni kat taska kan, zayyan je ada haruslah dapat makan dengan tenang kan...hehe sian adik kan...tapi Auni sendiri yang nak pergi sekolah...seronok main ngan kawan la tu...

kali ni try pizza yang baru tu...






Abah buat muka...sukahatilah




Zayyan yang blur...sempat lagi tidur dlm kereta



taknak mama ambik gambr dia...mengada







Ambik terus Auni kat Taska...Happy je dia walaupun kena tinggal...kiki




Anak2 yang dah besar. Auni Bulan Depan dah masuk 3 tahun, Zayyan pulak Bulan 8 Masuk 5 tahun...Alhamdulillah


Auni sekarang dah free diapers, syukur sangat malam je dia pakai pampers dgn nk tido tengahari...kat taska pun dah tak pakai...selamat duit beli pampers...yahuuuu



Friday, January 10, 2014

Jalan-jalan naik keretapi laju

Salam Jumaat yang mulia

Minggu lepas hari sabtu saja nak bagi merasa anak-anak naik train katanya...so kami decide bawak diorang naik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan (TBS). Tambang dari ERL Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan sorang RM5.30. Train setengah jam sekali. Perjalanan naik ERL dari Putrajaya ke Bandar tasik Selatan 10 minit je.

Dah sampai station Bandar Tasik Selatan kami terus la jalan2 ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Hari tu pernah sekali hantar adik ipar balik Johor naik bas kat TBS. Rupa-rupanya syok jugak kat TBS ni, ada Subway, KFC, Kenny rogers, Dunkin Donut...tapi kalau ada Mc D lagi syok kan...hehehe

Anak-Anak seronok sangat la kan bila dapat berjalan...x kesah la pergi mana pun...so sesekali bwk la naik train kan, asyik naik kereta jer boring jugak...haha...Kalau naik LRT atau Komuter tu mcm tak sanggup pulak rasanya nak bersesak-sesak. Naik ERL ok lagi walaupun mahal sikit tambangnya...







Auni yang excited nk naik ketapi katanya...so gambar berlatar belakangkan landasan kita kasik antik la kan




Good Girl and Good Boy Mama




Anak-anak with Abah




Zayyan naik2 tak lama tu dia mcm pening...haih risau dia muntah je...terus abah peluk suruh dia pejam mata...fuhhh nasib baik x muntoh...zayyan memang dia mabuk kalau naik kereta...huhu




Dah sampai TBS terus kitorang tuju KFC




Auni suka bergambar sekarang ni tau...anak dara la katakan




Zayyan dengan mama...masa ni dia marah sebab mama paksa dia bergambar...huh anak teruna ni tak suka sgt bergambo...nyampahhh

Ok esoknya pagi-pagi lagi Auni cakap nak naik ketapi lagi...huhu tak boleh la hari2 ye anak oiii. Sekali sekala boleh la

Thursday, January 9, 2014

GIVEAWAY 1ST BIRTHDAY MEMORY BY MOMMYAIDA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ok pertama kali dalam hidup selama berblogging ni nak join giveaway bagai...hahaha...ok pertama kali juga blog Mommyaida buat giveaway sempena Birthday anaknya yang bernama Medina yang sangat mooolaaatttt...hehehe ok aida sue support giveaway aida ni tau mintak2 ada Luck lah ye...kikiki...jom semua siapa nak join boleh klik je link di bawah ni


semua syarat2 boleh refer je di link tu ye...ok lalink2...ok syarat dia mudah cuma letak je gambar 1st Birthday anak2 kome ye...so gambar yang dipertaruhkan ialah...


Gambar Zayyan Potong Kek sempena Usianya 1 Tahun. 


Bagus jugak aida buat giveaway ni...boleh belek entry lama2...baru teringat gambar ni je yang ada untuk kenangan masa potong kek zayyan ni...sebabnya gambar lain semua dah hilang dalam komputer yang rosak jahanam dah...banyak gambar2 lama x boleh diselamatkan...mujur jugak ada blog ni...banyak memori dan gambar2 yang hilang tu ada dalam blog ni...kalau tak lagi nangessss...

Ok mintak2 Aida suka ye dengan gambar tu...hikssss...Auntie sue juga nak ucapkan Happy Be Coming Birthday to Medina, Semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat...

Friday, January 3, 2014

Happy New Year 2014 # Auni Damia New Look


Salam semua, Selamat Tahun Baru...Semoga tahun 2014 ini dapatlah kita sama-sama memperbaiki diri kita masing2 Insha Allah

Entry pertama di tahun 2014 ni nak letak gambar budak kecik yang makin banyak akai ni...hehehe Auni Damia dah potong rambut pendek la...tak nak ikat rambut sangat kan...potong je senang...auni yang dah byk ckp, suka cari pasai ngan abang dia tu hobi dia...hahaha...cerita faveret dia adalah Tanah Kubur ye...hehe