Friday, December 23, 2011

Aku yakin dugaan darimu pasti ada hikmah di sebaliknye

Kadang-kadang selalu terpikir...kenapa sesuatu yang tak diingini berlaku pada kita sebenarnya memang telah berlaku tanpa kita sedari....tapi kita sebagai insan biasa tetap kena terima dengan redha walaupun terpaksa di terima dengan sangat PAHIT!!!!

Kadang-kadang selalu terpikir...kenapa sesuatu perkara yang tak ingin kita ketahui akhirnya kita tahu jugak...mungkin itu semua dengan izin Allah dan Allah telah memberi kita ruang untuk kita memperbetulkan salah kita atau untuk menjadikannya sebagai iktibar...Terima Kasih Ya Allah kerana sekarang memang aku telah SEDAR semua itu....

Kadang-kadang kita juga tidak terfikir sesuatu yang sudah menjadi tabiat buruk kita, tanpa kita sedari kita akan melukakan perasaan seseorang...Sayangnya TABIAT adalah sesuatu perbuatan  yang sangat sukar untuk di buang atau dikikis terus dari sikap manusia...Ya Allah tolong kau bunuh semua TABIAT buruk itu...Sungguh tak sanggup untuk melaluinye lagi...


Ya Allah aku juga sedar semua harta yang kita miliki sekarang sebenarnya hanya pinjaman darimu semata2...jadi hargailah selagi ianya ada di depan mata kita...InsyaAllah

***untuk muhasabah diri saya sendiri...

semoga perasaan ini kekal begini selamanya

salam jumaat semua, tajuk tu sebenarnye tak tau nak letak apa, takde kene mengena langsung dgn cerita...hahaha...yeayyy kite akan becuti 3 hari, dan ramai juga yang akan bercuti sampai hujung tahun kan...emmm x lama dah nak masuk 2012...seronoknyeeee....hehehe...k lah, tak tau nak cerita apa dah, teringat ada gambar zayyan main kat playground aritu...layan ye..







****nak pergi mana lah minggu ni agaknye...teringin nak balik kampung...tapi tak best la kalau balik gaji x masyuk lagi....huhuhu

Monday, December 19, 2011

sakit

start minggu lepas aku dh start sakit tekak sakit badan semua...macam nak demam je...aduhhh tak sukaaa...(yg x tahan ada jugak yg ckp aku nk menambah lagi umat....huhu macam2) start sabtu dh mula selsema + batuk...hari ahad plak selsema makin teruk...habis lencun kain lap ingusshhh....sabtu ahad lepas abah mereka plak kene kerja so 2 hari dok ngan anak2 x kemana2...pulak tu anak2 pun sekali selsema + batuk...auni memula selsema sikit je...start malam td siap bersin2 lagi...kesian adik, jangkit dari mama...si adik pun siap demam on off lg...harap2 kami semua cepat sembuh...

lebih kurang sama dgn gmbr ni...sampai pedih2 idung aku...

Thursday, December 15, 2011

sepetang di monumen alaf baru

nama je kerja kat putrajaya, tapi baru jejak kaki ke monumen alaf baru ni, tapi tak naik pun kami cuma makan2 dekat cafe kat situ...umai cafe kot kalau x silap nama dia...actually kalau pergi balik ofis memang nampak je monumen ni cuma terpisah dengan tasik je...so jom tengok pics kami je lah...x mau bebel2 lor...





nampak tak ada bangunan yang under construction tu...mungkin nnti tu bakal jadi shopping complex...ade org kata JJ, ade org kata Tesco...erk Tesco?...heeee...dan seberang tasik ni adalah jalan utk pergi ke my ofis...hehehe

ambik gambar sementara food smpai...


cucur udang yang sgt sedap...wajib cuba

lempeng kelapa pun sedap...adek pun makan banyak lempeng ni...aku x suka sgt ade kelapa tp kelapa dia x rasa sgt...just nice di tekak ku...tekak org lain aku x tau...haha

zayyan pun suka cucur udang dia...tgk la tu...sungguh2

siap cicah sambal lagi...pergh tahan pedas budak ni...

Wednesday, December 14, 2011

Worldless Wednesday __ lihat rambutku...




***lepas ikat rambut, bila dah bukak otomatik rambut jd gitu...hehehe...

Tuesday, December 13, 2011

Selamat tinggal, bye bye...PACIFIER!!!!

Alhamdulillah...anak bujang ku sudah kehilangan kawan baik dia iaitu Pacifier dia...ada dalam 2,3 minggu jugak la dia dh tak hisap candu dia...banyak cabaran sebelum nak pisah kan dia dgn pacifier ni sebenarnye...

contohnye pacifier yang dia hisap hendaklah sama seketul sebijik dengan yang dia ade...kalau ade yang bentuk lain atau bentuk sama tapi lain kaler pun dia akan reject, dia cakap tu adek nye la...pernah satu hari pacifier dia hilang...jenuh mencari satu rumah langsung tak jumpa sampai ke malam...

tersedu sedan la masa nak tido sebab pacifier dia hilang!sampai ke malam langsung x jumpa siap abah dia pergi cari kat kedai tapi yang ade kaler lain, pun dia x nak, siap dia campak lagi ade pacifier tu...tapi akhirnye tido jugak sbb dh ngantuk sangat dan letih nangis nak kan pacifier dia...esoknye sangat tak sangka2 aku jumpa pacifier dia dalam peti ais...sabo jela...huh bila masa ntah dia masukkan...sambung la lagi hisap candu dia tu...

Ok kisah yang dia betul2 stop terus masa kitorang tengok pacifier dia dh terkoyak teruk...so plan nak cari yang baru...
ha nampak tu dh terkoyak dia kerjakan..gelis mama tgk tau!

sampai ke JJ kami pergi cari yang baru...jumpa la yang sama cuma yang baru ada gmbar ayam tu...

gambar yang pertama dr kiri, pacifier yang lama, yang tengah yang ade gambar ayam tu la yang beli kat JJ tu...pastu yang kaler kuning tu la yang dia taknak siap baling2 lagi...


yang lama dgn yang ada gambar ayam tu sama kan tapi ade bezanyeee...
ha kan ada beza...yang atas yang baru tu bulat dan yang bwh tu agak leper sikit...
so bila kitorang bagi yang baru tu, dia terus ambik dan terus hisap...tapi dia luah balik sebab mungkin dia terasa pelik lain dari yang dia punya yang lama tu...terus dia belek2 pacifier yang baru tu...kejap dia hisap kejap dia buang...mesti dalam hati dia kenapa lain plak ni kaler dah sama dah...hahahaha...sian anak mama kene tipu...tapi langsung dia tak marah ke ngamuk ke...sampai la masa dia nak tido tu dia langsung tak hisap pacifier tu sampai la ke sudah...Alhamdulillah...good boy anak mama...gigi dia pun dah terjungkit skit...

ha baru la machooo dh x hisap pacifier...
***cerita hanyalah untuk kenangan anak2 bila dah besar nanti...hehehe


Friday, December 9, 2011

si manis saya sudah 10 bulan usianye....

sudah sepuluh bulan usia kamu wahai si manis...kamu semakin melasak, semakin banyak akal, semakin bijak dan semakin cantekkkk....hehehe perasan la mama ni kan...ye la sapa lagi nak poojiii anak sendiri kan...yang lagi best gigi adek dah nak kuar satu batang...eeee sukeee nyee mama...lagi dua bulan je lagi nak sambut 1st besday...hahaha sambutkah?Insyaallah ye anak...akan mama usahakan walaupun tak sehebat anak2 lain...yang penting kasih sayang dari mama abah ngan abang ayai...cheeewwwahhhh!


semua gambar dia mulut nganga kecuali masa makan...hehehe






Thursday, December 8, 2011

@ Melaka 4/12/2011

Ahad lepas kami sefamili pergi ke Melaka, cadangnye ingin bercuti2 tapi taaaakkkkk pun...plan x jadi...malam ahad famili dari kedah datang termasuk mak mertua ikut sekali. 

Diorang singgah tido semalam sebab esoknye nak pergi melaka. 
Diorang nak stay kat Melaka 2 hari. Dekat Melaka tido rumah Pakcik yang orang rumahnye mmg org Melaka...So hari ahad kitorang bertolak ke melaka terus ke rumah Pakcik.Diorang mungkin start nak jalan2 hari Isnin tu, so tak dapat la family aku join...aku tak leh nak cuti coz ade workshop 3 hari kat ofis, zaidi plak cuti dh abessss....so lepak2 je la rumah pakcik pastu petang tu sempat g pengkalan balak tengok laut!...

Tapi nak dijadikan cerita, lepas makan2 tengahari tu aku mengalami mabuk2 yang sangat dasyattt...hahaha...sebab tersalah makan punye pasal...aku muntah2 sampai la ke tengah malam...esoknye terpaksa E.L sbb memang flat tahap gaban!!! huhuhu sungguh tragis!!!







zayyan mcm dok dalam penjara

abang dan adik yang sangat happy


inilah rumah pakcik....sangat comel kan...tapi rumah sangat luas sebenarnye...

me with hamzi, sebaya zayyan dia ni
adik yang sangat suka berdiri kat pagar ni..ish gedik la dek!
macam2 auni




sebelum kitorang balik, sempat g laut...zayyan pun sempat mandi, memula takut, lama2 seronok main arir



****tak puas rasa nak pergi lagi melaka

Thursday, December 1, 2011

Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan

Bilangan wanita susukan bayi meningkat

PAKAR pemakanan menyifatkan, usia dua tahun pertama bayi adalah 'tempoh kritikal' kerana kualiti nutrien yang diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dalam tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama sebaik saja dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yang dihasilkan pada fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi baru dilahirkan.
Justeru, susu hendaklah dimulakan pada jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas enam bulan, penyusuan badan perlu diteruskan bersama makanan pelengkap yang sesuai sehingga anak berusia dua tahun.

Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan dan ia mempunyai bahan yang tidak ada dalam susu formula bagi membatu mencerna nutrien dengan lebih baik. Nutrien yang diperlukan dalam pemakanan lengkap untuk bayi ialah protin yang mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.

Susu yang mengandungi sejenis enzim sipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.

Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sungguhpun begitu banyak manfaatnya ketika rutin penyusuan si kecil. Namun, bilangan ibu di Malaysia yang melakukannya tidak begitu memuaskan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga, pada 2006 menunjukkan bilangan ibu yang memberi susu kepada anak mereka semakin meningkat.

Kajian mendapati bilangan wanita yang memberikan susu ibu kepada bayi untuk empat bulan pertama berkurangan sebanyak 9.7 peratus. Malah, Malaysia antara negara di Asia Tenggara paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif. Keputusan itu sangat membimbangkan.

Pengerusi Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong, berkata penting ibu memastikan bayi diberi makanan berkhasiat sejak dilahirkan.

Katanya, teknik penyusuan yang betul dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkaitan pemakanan di kalangan anak yang sedang membesar.

Amalan penyusuan berkenaan dapat memupuk tabiat baik untuk pemakanan sihat yang menjadi asas gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Walaupun sesetengah ibu boleh menyusukan bayi, tetapi ada yang tidak melakukannya. Lebih teruk apabila mereka pula tidak mahu mendapatkan nasihat dan panduan yang betul menyusukan bayi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mother’s Smart Choice (MSC) di Sunway Hotel & Spa, baru-baru ini.

Program berkenaan dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar. Hadir sama. Timbalan Pengarah LPPKN; Dr Anji Doshi Gandhi; Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan; wakil NSM, Prof Dr Poh Bee Khoon dan wakil OGSM, Dr Kiren Sidhu.

Terdahulu, program MSC diperkenal selepas menyedari ramai ibu muda mengalami masalah menyusukan bayi dan kurang pengetahuan mengenainya.

MSC dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dengan kerjasama Persatuan Paediatrik Malaysia (MPS), Persatuan Obstetrikal & Ginaekologikal Malaysia (OGSM) dan LPPKN, selain syarikat pemimpin global yang mengutamakan kesihatan ke arah memperbaiki kehidupan masyarakat, iaitu Philips AVENT.

Sementara itu Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan, berkata program MSC seiring dengan usaha kerajaan untuk menjana generasi Malaysia sihat bermula daripada peringkat awal usia.

Katanya, masyarakat perlu percaya memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalinkan ikatan antara ibu dan anak dan menyediakan asas yang kukuh bagi amalan pemakanan sihat.

“MSC menjadikan ibu di Malaysia sebagai kumpulan sasar dengan memperkasakan mereka menerusi ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada si kecil. Program itu dijalankan dalam beberapa peringkat dengan menjadikan fasa pertama penyusuan susu ibu dan makanan pelengkap sebagai fokus utama. Fasa kedua, memberi tumpuan kepada penyusuan susu ibu untuk kanak-kanak-kanak berusia enam hingga 12 bulan.

“Pada fasa ketiga pula, tumpuan diberikan terhadap pemakanan berkhasiat yang betul untuk anak berusia 13 bulan hingga 24 bulan. Ia meliputi penyusuan susu ibu, pilihan makanan pelengkap bayi serta makanan sihat yang disediakan,” katanya.

Sejajar dengan usaha membudayakan amalan pemberian susu ibu, MSC akan menerbitkan buku panduan percuma berjudul “Menyusu dengan Yakin”, di samping menganjurkan beberapa siri ceramah mengenai penyusuan susu ibu secara percuma.

Buku panduan itu akan diedarkan kepada wanita hamil di rangkaian hospital dan klinik, manakala ceramah bertujuan melatih jururawat membantu ibu mengenai cara menyusu susu ibu pada peringkat awal selepas melahirkan bayi.

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengenalan buku panduan itu, MSC akan mengedarkan poster mengandungi maklumat cara untuk mendapatkan buku panduan itu sebagai inisiatif untuk mendidik dan menggalakkan ibu Malaysia menyediakan nutrisi yang baik bagi bayi yang baru lahir.

INFO: Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit



  • Ketika dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi cukup matang, malah sistem imun mengambil masa tiga tahun atau lebih untuk matang sepenuhnya.


  • Dalam tempoh vulnurabel, susu ibu akan melindungi bayi.


  • Antara bahan yang menjadi pelindung dalam susu ibu
    Antibodi - bahan melawan jangkitan
    Sel darah putih - membunuh kuman


  • Faktor bifidus - menggalakkan pembiakan kuman baik di dalam susu bayi. Menghalang pertumbuhan kuman yang menyebabkan jangkitan


  • Faktor pertumbuhan epidermal - membantu pertumbuhan dinding sel dalam usus bayi, mencegah bahan berbahaya daripada masuk ke dalam saluran darah.

    Pemakanan lengkap untuk bayi:


  • Protein - Protein mudah dihadam dan tidak menyebabkan alahan


  • Lemak - Susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase yang membantu bayi menghadamkan lemak dengan lebih baik


  • Karbohidrat - Laktosa, karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium, membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.


  • Zat besi - Mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.


  • ***Sekadar berkongsi maklumat...motivasi untuk diri sendiri

    uishhh, disember...apa plan ye?

    salam....sedar x sedar dh masuk ke peghujung bulan...bakal masuk ke tahun 2012...tertunaikah azam untuk tahun 2011? aku sendiri tak ingat apa azam untuk tahun ni..wakaka...tapi alhamdulillah semuanya baik2 saja...minggu ni insyaallah family dari kedah akan turun ke k.l dan mau cuti2 malaysia sekali sempena cuti sekolah...ala bukan kemana2 pun, percutian bajet je...hehehe...lagipun auni kecik lagi kan...leceh la nak bawak jalan jauh2...hahaha alasan kot...tp memang pun budak tu susah skit nak kawal dlm kereta...fuhhh lotehhh!!!tak sabar jugak nak tunggu tahun depan, tahun depan zayyan dh masuk 3 tahun, adik pulak dah masuk setahun...cepatnye lahhh...

    lagi 4 hari ini budak dh masuk 10 bulan...budak suke memanjat ni...lasak wooo...
    ok itu saje...xde idea nk update citer sebenarnye...busan!

    Wednesday, November 30, 2011

    pasta untuk anak

    Dah lama cari pasta ni, baru2 ni terjumpa la dekat cosway...tak tau pulak cosway ade jual pasta for kid...try beli sebungkus.Orang cosway tu cakap untuk baby pun boleh.Auni pun dah 9 bulan memang dh boleh la makan pasta selain bubur kan...budak tu sekarang mmg suka makan, sumbat la makanan apa pun, syok je tgk dia makan...tapinye aku x tau la resepi untuk masak pasta ni....hahaha hari tu try rebus je pastu hancur2 kan bagi auni makan...wah sangat suka dia,makan pasta je sampai burp si abang tak layan, benda pelik dia susah sikit nak telan......buat sup boh pasta ni pun mesti ok gak kan...


    *
    *
    *
    *

    organic kid's pasta
    comel gile pasta ni, ada bentuk gajah, zirafah dll...

    Tuesday, November 29, 2011

    semoga mama n abah terus tabah melayan kamu

    cuti 3 hari kami takde kemana-mana pun, duduk di rumah je.cuma sabtu ke alamanda dan isnin ke JJ equin cari barang sikit. Ntah kenapa sejak akhir2 ni zayyan sangat panjang akalnye...duduk diam kalau dia tidor je, alah memang la budak2 kan, tapi nak cerite jugak la pasal dia...sangat-sangat sabar, kena marah pun buat selamba je, apa dia nk buat dia buat, bila ditegah buat selamba je...sekarang ni suka sgt bukak butang baju dia, nk pakai balik x pandai, letih la mama nak boh kancing tu, bila marah dia, mula la nak pujuk kita, sambil cakap mama or abah dengan suara yang sangaaaaatttttttt lembuuuttttt! hadoi cair terus!...bila kite nak cubit dia tp tak kene, boleh sambil dia lari dia cakap 'yeay yeay tak tene'...mana dia belajar ntah!sabo je la...bila adik tido, dia pangil2 adik dia...saja nak buat mama marah la tu...sekarang asyik main bukak tutup pintu je, malam2 kalau nak tidokan adik aku kene kunci pintu dr dalam, kalau tak dia asyik kuar masuk pastu dengan adik sekali tak tidor asyik nak main je dgn abang!macam2 lagilah perangai dia...lawak ade geram pun ade ngan dia...apa2 pun mama tetap sayang zayyan!

    sungguh rasa tak selesa

    diri dilanda selsema, tp tak teruk sangat, hidung tersumbat susah nak nafas!hadoi sungguh tak selesa...lagi dok dalam econ ni...mungkin jangkitan dari anak2....huhuhu, teringat ade vitamin c terus makan 2 biji...harap2 ok la...fuh sesak dado den!

    *
    *
    *

    vitamin C yang baru lepas di telan, biasa ambik satu je, aku up ambik 2 biji plak!

    Friday, November 25, 2011

    Gambar Kami

    Tak tau nak boh tajuk apa....hahaha kenapa saya malas nak update?sebab xde gambar baru yang di snap sejak akhir2 ni...aku kan malas nk update blog kalau xde gambo...x best...tetiba terjumpa pulak gambar kami kat dalam fb my ofismate terus cilok la...hehehe...

    anak bujangku yang sporting plak masa ambik gambar dia...kenyang zayyan makan ketupat palas ye...

    serabai nye rambut anak dare ni..


    Wednesday, November 23, 2011

    ice pop @ ice pong

    pic from google


    teringat masa kecik2 dulu, suka sangat makan aiskrem ni...selain dari aiskrem malaysia rasanye ice pong ni mmg bebudak suka, sampai sekarang ade lagi jual kat kampung aku, anak2 buah aku kalau balik kampung je asyik la dok ulang pergi kedai beli aiskrem ni...nasib zayyan tak terjebak langsung, orang bagi dia ambik orang tak bagi dia pun tak heran nak mintak2...hahaha...bak kata abang aku, zayyan budak selamber...oohhh teringat zaman kecik2 dulu...

    Thursday, November 17, 2011

    Auni Damia @ 9 bulan

    Bulan berganti bulan, 9 bulan sudah baby mama ni membesar, macam macam akal budak ni sekarang, Alhamdulillah akhirnya baby mama ni umur 9 bulan telah selamat disunatkan...good girl adik tak nangis langsung, siap boleh senyum2 lagi masa proses tu, masa baring pun dia tak takut langsung...apa yang menarik tentang auni damia di usianya 9 bulan...
    • dah pandai makan bubur nasik, bubur nasik mesti nak rase manis, so now feveret bubur dia adalah nasi+kurma...sangat suka dia
    • rambut dh boleh diikat pokok kelapak...hehehe
    • masih lagi merangkak, tp duduk masih belum tegak
    • gigi pun masih belum muncul
    • pantang nampak makanan, esp kalau nampak abang dia tgh makan, laju je dia mengejar
    • Alhamdulilah masih belum lagi putus minum susu ibu, masih ade lagi rezeki untuk auni...



    congrats my BFF...dapat baby girl

    Alhamdulillah baru dapat berita dari kawan aku dia dh bersalin...pernah aku cerita dulu yang anak kami yang sulung sebaya lelaki , pastu yang kedua ni pun sebaya dan dapat girl juga.Yang bestnye berat baby dia ni pun sama dengan auni, cuma 2.1 kg juga...hihi tak sangka sama berat mereka kan.Sabtu ni balik kampung  boleh la melawat baby baru...tahniah puan nurul huda...

    Tuesday, November 15, 2011

    selamat sampai dari tanah suci @ KLIA

    Alhamdulillah mak, abang n SIL sudah selamat sampai dari menunaikan ibadah haji. Tiba di KLIA malam tadi dalam pukul 9.Alhamdulillah semuanye pun sihat...