Tuesday, September 6, 2016

Bercuti ke Cyberview Resort & Spa


Assalamualaikum...yuhhuuuu ada orang tak...ahahaha melampau sangat dah mereput rasa blog kesayangan ku ni huwaaaa....tapi rasa nk update jugak...kisah bercuti ke Cyberview yang dh berkurun...rasa awal tahun pergi nih...ha tarikh pun x igt dah bila...hehehe...bercuti satu malam je...plan asal teringin nk ke melaka...tp en.suami ckp cari yg dekat je...nah hambik 15 minit je dr umah sampai dah...kah kah kah...gambar pun x byk ambik...mana sempat jer...

Tak sempat ambik gambar budak2 ni dh lompat katil..bilik besarrrr amaattt






balkoni luas juga

2 org yg excited

bilik luas sgt...aircond plak agak uzur dan x sejuk sgt...masa check out lupa nk komplen






Main pool utk dewasa...pool semua ada 3 layer...yg atas sekali utk kanak2 ada ambik gambar tp x transfer plak




sabar sabar ye anak2





View mmg sangat terbaiiikkkk...awesomeeee...pool ala2 mcm kt sungai gitu















ini je bekal yg dibawa...mlm igt nk keluar cr makan...tp malas semuanyaaa...makan la spagetty utk dinner




lepas mandi lapar sgt tuh





breakfast kt cafe dia sgt2 sedap dan byk pilihan makanan...gambar byk ambik tp x transfer jugak...huhuhu   




So far Bercuti ke Cyberview Resort & Spa Cyberjaya ni sangat best! View cantik!!!

itu saja lah...Bye!

Friday, January 8, 2016

KEK COKLAT MOIST SEDAP DAN MUDAH : KEK INSTANT MURAH

Assalamualaikum. 
Entry pertama di tahun 2016 nampaknya nak cerita pasal kek. Kek bukan sebarang kek tau. Eh tapi bukan la kek yang dah siap tu. Sebenarnya nak promote Bisnes Kawan. Tepung Kek Coklat Moist Segera. Ha Sesuai sangat la untuk sesapa yang suka buat kek tapi nak cepat je...bancuh-bancuh siap terus boleh bakar or kukus. Dan Sesuai sangat la untuk orang yang macam aku ni, tak reti buat kek pun...tapi dengan adanya tepung kek segera ni ha pejam mata pun boleh buat...ahahaha..ok meh aku cerita lebih lanjut bersama gambar ye.






dalam satu packet akan dapat apa yg ada dalam gambar kat atas tu ye...bahan-bahan tambahan pun senang nk dapat. Tak payah susah hati buat kek takut tak jadi, lupa letak serbuk penaik ke apa, yang ni confirm jadi sebab cukup semua bahannya dan yang penting sedap. Bukan omong kosong tapi sebab aku dah rasa :)

Bahan-bahan yang perlu disediakan
 1- 3 biji telur
2- 1 cawan susu pekat
3- 1 cawan minyak masak/mentega cair
4- 1 cawan air panas

Cara-cara penyedian kek
 1- kacau telur hingga kembang / berbuih
2- Satukan telur tadi bersama bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati dan tidak berketul
3- sapu loyang 8" dengan sedikit mentega dan tuangkan adunan
4- Bakar pada suhu 170c-180c selama 40-45 minit atau kukus selama 45 minit sehingga masak

Topping
 1- 1 bungkus serbuk koko
2- 1 cawan susu pekat
3- 1 cawan minyak / mentega cair

Cara-cara penyediaan Toping
1- Satukan semua bahan dan panaskan diatas api sederhana sehingga berkilat/Double boiler (Jika topping kelihatan agak pekat, tambah sedikit  susu segar / susu cair)
2- sejukkan seketika dan curahkan keatas kek yang telah disejukkan
3- Hiaskan bersama hiasan mengikut kreativiti anda

Tepung Kek Segera ni Dikeluarkan oleh
ADINIE SN Enterprise 

Berita Baik!
Tokey Bagi Harga Promosi untuk Januari RM10.00 sajo. Murah tak? Sangat Murah ok...lepas Januari harga akan kembali kepada harga asal RM17.00

Kek coklat moist lagi sedap dikukus




Kek Coklat Moist yang siap untuk di makan...sedap dimakan kalau sejuk...masuk peti ais buat stok...
 
Untuk Tempahan sila hubungi
012-667 8578 / 013- 671 4023

atau boleh folow Instagram

@adinies_cookies

Ejen dialu-alukan, nak jual pun boleh!


BOLEH JUGA TINGGALKAN NO.CONTACT ANDA DI SINI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT