Tuesday, January 27, 2015

Wet World Waterpark Shah Alam

Assalam

Cerita Throwback lagi nampaknya...bawak anak-anak pergi main air kat Wet World Shah Alam...Rasanya masa cuti Christmas. Selama ni nama je belajar kat Shah Alam tp x pernah masuk pun. Selalu kalau pergi shah alam bukan main banyak la kereta parking sampai tepi2 jalan, Hari nak pergi tu punya la awal kami pergi sebab takut susah parking. sampai sana pukul 9 pagi!!! sampai sunyi je, eh tak bukak ke harini...rupa2 nya pukul 10 baru bukak daaa!!!....ini semua salah Abah! hahaha


Harga tiket pun sangat berbaloi, untuk dewasa rm20 dan kanak2 (ikut ketinggian) rm16...zayyan ngan auni dah kena bayar...


Kan kami sampai awal....mula2 langsung xde orang, sementara kaunter tak bukak lg  kami lepak2 jalan tepi tasik ngan pergi bwk budak2 ni main playground...agak2 dah dekat pukul sepuluh tgk dah ramaiii giler umat manusia nak main air....hadoiilahhh menyesal tak tunggu je..





budak tak mandi pagi...tu nampak abah tgh beatur tu...tapi nasib lah tak lama sangat dah smpai turn...





Boring dah ye...





ok nampak tak semua muka dah eksaited dan tak sbar2 nak main air2...masuk2 je terus kena pow la ngan bdk2 ni...ok dah ambik gambar sikit, terus simpan hp....


Yang pasti kami nak repeat lagi dtg sini...best!!!!

-EndWithLove-

Friday, January 23, 2015

Kek Batik Paling Mudah

Salam Jumaat 

Aktiviti bersama anak-anak. Buat Kek paling senang. Sapa tak tau buat kek2 ni cubalah buat kek yang tak perlu nak kena bakar2 ni. Kek batik ni dah lama wujud dari aku kecik lagi. Teringat masa kecik2 dulu kakak aku selalu buat. Tapi disebabkkan aku ni bukan penggemar kek memang tak heran lah bila makanan tu ada depan mata pun.

Zayyan memang sangat2 suka kek. kek apa pun dia akan makan. Kisahnya hari2 sebelum pergi sekolah memang kalau singgah kedai,  kek batik ni la yg dibeli. Mmg ada orang jual kek batik ni.

So google la resepi macam mana nak buat kek batik ni. Ye la harus la tengok resepi kan seumur hidup aku tak pernah nak buat2 kek ni. hahaha...so dah anak suka makan kek, mak2 kena la belajo buat ye dak...



Budak 2 org yg tak sabar nk suruh mama buat kek coklat katanya

4 bahan sahaja yang diperlukan, mmg cari resepi yang paling senang tak payah byk bahan...hahaha...


  1. Roti Marrie (org perak sebut roti bukan biskut...hehee)
  2. 1 buku buttercup 250g
  3. 1 bgks milo yg paling kecik
  4. Susu pekat manis (guna separuh je)





ok sesi patah2 kan roti marrie, lantok situ la kome nak patah kan macm mana pun. nak masuk mulot korang je pun

Yang lain2 step xde gambo...yang penting 

  • panaskan 1 buku butter smpai cair. 
  • lepas dah cair masukkan susu kacau sampai sebati
  •  Kemudian masukkan serbuk milo kacau sampai  sampai hilang ketul2 milo tu.
  •  akhir sekali masukkan roti marrie
  • tutup api dan letak dalam bekas /loyang. adunan kena tekan2 sampai dia mampat...nnti bila potong xde la roti tu berderai...(paham2 sendiri sudah)





Dan inilah hasilnya...tu yang warna warni apa ntah nama dia...yg gmbr atas tu yg setompok tu zayyan yg tabur...boleh la nak bagi seri sikit...

kesimpulannya satu bekas tu zayyan sorang je yang makan. berulang2 makan sampai akhirnya dia dah jemu....hahaha

ok habis dah...happy weekend!!!yahuuuu

-EndWithLove-


Wednesday, January 21, 2015

Weekend Joy Ride @ Taman Ekuestrian Putrajaya

Assalam 

Ni cerita basi. tapi tak basi sangat sebab cerita baru bln 12 tahun lepas...nampak cerita pun kita boleh rasa basi ke tak basi ke or tak berapa nak basi...hahaha ngarut

Ok ceritanya kami pergi ke Taman Ekuestrian Putrajaya. Apa lagi naik kuda la weihhh...haishhh seumur hidup ni baru first time boleh merasa naik kuda...

pergi ni pun sebab dapat free voucher dari from my ofismate...mula2 macam taknak ambik. pastu tiba2 terambik pulak...ehhh mengada kejap nak kejap taknak kan...hihuu





RM5 untuk satu round...maknanya haritu kami naik free la...tak ingat berapa round...tapi seingat aku 10 raound zayyan sorang naik...haha





Wefie dulu dengan anak dara






Inilah kuda yang bakal di tunggang kami...negro nama kuda ni...asal hitam je negro kan...masa ni tak nmpak lagi pony...







Ok tu dia si Pony yang sgt comellll lahai...






Ok my boy dah siap sedia dan x sabar2 bak naik kuda...Auni penakut tak nak naik...tapi akhirnya berjaya pujuk naik ngan mama










Amboi2 dia..






satu round tu x besar mana pun...boleh la buat seronok2














Ok turn mama ngan zayyan naik kuda negro plak...masa ni temankan zayyan, naik satu round ye...perghhh gayat nye lahai.






zayyan berani, tak gayat dan x takut...lepas dah naik yang ni, dia tak pandang dah si Pony tu...hahaha eksyen!!!



Rasanya untuk tahun 2015 ni dah naik jadi RM10 rasanya...nak naik ni pun ada masa2 dia, pagi dan petang je...boleh naik setiap hari Selasa-Ahad

So far ok la sgt enjoy bwk anak2...Riadah kegemaran Rasulullah kan Memanah, Berkuda dan Berenang


ok itu saja


-EndWithLove-




Wednesday, January 7, 2015

First Day @ Tadika Restu Aulad

Assalam

Semalam zayyan dan Auni dah start pergi school baru. Tadika Restu Aulad pilihan untuk anak-anak kami. Dekat sangat2 dengan rumah, sebenarnya sebelum ni dah 2 hari diorang start masuk tapi sekolah tak start lagi kan. So Officially 5 hb tadika diorang dah start persekolahan walaupun sepatutnya start 12hb kan. Tapi minggu ni lebih kepada orientasi la untuk pelajar. 

Macam tak percaya la anak dara ku dah sekolah...sedih la kenapa cepat sangat adik besar ni...hehehe...jom tengok gambar


Ada kisah darama air mata budak ni pagi tu. Abang tak dapat lagi baju uniform, baju sukan je yg ada. Melalak tak nak mandi sebab dia tak nak pakai baju uniform dia ni. dia nak pakai baju sukan macam abang jugak...no no no...adik dah ada uniform kena la pakai...pujuk2 dengan kuasa veto mama berjaya jugak pakaikan...huh stress jer...zayyan mmg idola dia...semua pun nak sama mcm abg...masa ni mood dah ok la tuh





Zayyan macam biasa, tak suka nk ambik gmbr...Zayyan pun dah 6 tahun...sob sob sob!!!





Sampai2 sekolah , Teacher pakaikan nametag...sementara Teacher nak ingat nama tu kan





Oloh oloh takut ke dik...Good girl kan adik tak nangis pun...




Kelas Zayyan kat atas, kesian dia takde kawan. Tak kenal lagi kan...semua kawan baru tu...Zayyan pun good boy, walaupun dia malu2...tapi dia ni jenis x kesah punya orang...mama cakap nak pergi kerja pun dia redha jerrr...xde la smpai nak gayut kat kaki tak nak bagi mama balik...hahah poyo




yang ni pulak gambar hari kedua...bangga dapat pakai baju sama ngan abang...hihi

itu je lah gambar yang sempat di snap setakat hari ni. Hopefully dua beradik ni dapat sesuaikan diri dgn suasana baru ni. Auni tu ok la sebab ada abang sama kan...lagipun dia dah biasa duduk taska kan

-EndWithLove-




Friday, January 2, 2015

Welcome 2015 - Azam Baru?

Assalam 

Selamat menyambut tahun baru uollss...selamat tinggal 2014, semoga tahun 2015 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dan juga untuk negara kita Malaysia. 

Agak malas nak mula kerja harini maklumlah dah cuti panjang kan...xpelah harini je kerja satu hari esok cuti balik.

Biasa tahun baru mesti org cakap pasal azam kan...dah tercapai ke azam 2014. Masalahnya azam tahun 2014 pun aku dah lupa apa azam aku...kah kah...nampak no la ko berazam tahi2 ayam je kan..Kena tengok entry awal tahun 2014 la klau nak tgk apa azam aku...tapi Alhamdulillah sepanjang tahun 2014 semuanya baik2 sahaja.

Cakap azam tahun ni pulak, InshaAllah nak menjadi seorang hamba Allah yang lebih Istiqamah (yg ni mmg sgt susah kan nak buat) tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk menjadi yang lebih berkualiti sebagai seorang Islam...Amiinn...satu lagi azam nak bekerja lebih keras mencari duit poket, semoga semuanya dipermudahkan...dah tak payah nak list azam byk2 kang hujung2 lupak jugak kan...aku la tuh...hahaha

-End With Love-