Tuesday, April 13, 2010

10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)

  • 1. Cakap dan ketawa bersama
    Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa. Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.
  • 2. Bergurau
    Geletek badannya. Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.
  • 3. Panggilan manja
    Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”. Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya. Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.
  • 4. Pujian
    Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.
  • 5. Mimik muka lucu
    Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut. Ini akan menarik perhatiannya.
  • 6. Ciuman
    Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas. Cium di bahagian perutnya. Pasti dia akan merasa teruja.
  • 7. Goyangkan kepala
    Goyang kepala ke kiri dan kanan sambil menyentuh tangan dan kakinya. Pasti dia akan merasa tenang dengan sentuhan anda.
  • 8. Ba ba cak
    Si kecil memang sukakan permainan sebegini. Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.
  • 9. Berikan barang permainan
    Pilih warna yang terang dan menarik. Ini akan menceriakan si kecil.
  • 10. Menari bersama bayi
    Pasangkan muzik yang agak rancak. Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari. Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.
source : Berita Harian Online

6 comments:

@e_da said...

ada yang saya praktikan terutama geletek. n cium2 dia.. paling selalu cakap.. cayang mama tak? mama cayang dier.. heheh mesti dia senyum..

Seri Nuang Shah Alam said...

1. geletek dia..

2. chakk.....

3. geletek kaki dia..

4. gigit perut dia..

5. "si manisss"

6. "kejaq diaaaaa.."

7. "tangkap dia...."

8. cakap guna bahasa org marikh.

9. suruh dia cium kita

10. suruh dia dok ateh perut dan buat lagak seperti naik kuda iyah iyah ... aduh, saket perut

11. tepuk belakang kita, dengan sekuat hati

12. baring taeh riba sambil minum susu

13. tutup muka dengan kain..

14. tengok org main bola ...golllllllllllllllllllll

15. tarik meja

dan lain2

AISYAH HANI said...

anak ceria & sihat, ibu pun suka hati..

Tolong support blog ni... saya dah folo yer..

Raptor 7 said...

nandre, aku suka nombot lapen. guna bahasa org marikh.. hang tulun demonstrate sket buleh? hahhahaha

Seri Nuang Shah Alam said...

abeyek abeyek, anem ayem bishdush..

Raptor 7 said...

oooooo.... aku ingat baaa cak baaa cak jer jer gedebum ponnn poonnnn!! hahahhaha...